Coach melancarkan malam pembukaan rasmi, Coach Play Singapore Shophouse yang terletak di 5 Keong Saik Road.
Siri butik konsep meraikan komuniti dan budaya Singapura, Coach Play Singapore Shophouse merupakan butik Bespoke oertama berlokasi di Asia. Siri rumah Coach yang mengasyikkan dengan percikkan cat rona Merah Jambu, konsep butik ini antara yang menonjol di 5 Keong Saik Road, Singapura.
Coach menandai era globalisasi Asia pertama, butik konsep berinspirasi daripada warisan budaya Singapura yang kaya dengan rumah kedai yang bercirikan arkitek moden tafsiran seni bina tradisional dan elemen reka bentuk bayang New York. Gabungan kemewahan kontemporari dan daya tarikan tempatan, butik Coach ini dibahagikan kepada enam bilik, setiap satu punyai tema uniknya sendiri, mewujudkan ruang yang mengasyikkan, pengalaman hiperfizikal yang mengundang interaksi dan penemuan tiada hujung!
Lokasi pertama di Asia, Coach Play Singapore Shophouse turut menampilkan barisan selebriti antaranya pelakon Korea Selatan, Lee Soo-hyuk.
Selain itu, butik ini juga menampilkan Coach Café yang pertama, di mana pelanggan boleh menikmati kopi artisanal dan gigitan klasik yang diilhamkan oleh New York City, kerjasama Brains Coffee. Menu yang diilhamkan oleh klasik Amerika dengan sedikit pesona tempatan seperti Pancake Klasik dengan sirap maple, kaya buatan sendiri dan jem beri serta Milkshake Gula Melaka.
Diadakan pada 14 April lalu, acara itu turut diserikan oleh selebriti dan rakan-rakan Coach antaranya, Lee Soo-hyuk pelakon Korea Selatan bersama selebriti tempatan termasuk Lawrence Wong, Jeanette Aw, Carrie Wong, Glenn Yong, Iman Fandi serta serantau selebriti seperti Yongsin Wongpanitnont (Yorch) dari Thailand, Hakken, Jane Chuck, May Ho, Alex Ho, Phei Yong, Gaston Pong, JE Pong, Daphne Charice, Eyka Farhana, Jack Gohr dari Malaysia, dan Yasmin Napper dan Angga Yunanda dari Indonesia.
Lawati butik Coach Play Singapore Shophouse di 5 Keong Saik Road, Singapura, klik DI SINI, dengan masa:
Isnin – Ahad
10.00 pagi – 10.00 malam
Coach Cafe by Brawn and Brains Coffee
Isnin – Ahad (Tutup hari Rabu)
Day Menu: 9.00 pagi – 3.00 petang
Dessert Bar: 6.00 petang – 9.00 malam
Baca: “Coach Tabby Bag, Simplicity At Its Finest,”- Sweet Qismina