Sempena ulang tahun ke-85, Coach mempersembahkan koleksi Spring 2027 yang mengangkat tema memori, nostalgia dan evolusi gaya di New York Fashion Week.
Di bawah arahan Kreatif Stuart Vevers, koleksi Coach menampilkan siluet klasik seperti trench coat, jaket kulit, tuxedo, bias-cut dress dan but Western yang diberi nafas baharu melalui teknik jahitan terbalik, material terpakai serta sentuhan buatan tangan.
Antara Looks Dari Runway
Palet warna bermula dengan tona neutral seperti kelabu, coklat, hitam dan putih sebelum diserikan dengan periwinkle, merah jambu lembut, mint dan kemasan metalik.
Elemen parti ulang tahun turut diterapkan menerusi konfeti, glitter, foil metalik, mahkota dan motif hadiah pada pakaian, beg serta aksesori.
Antara tarikan utama ialah beg Turnlock Tote yang diinspirasikan daripada rekaan Coach era 1970-an, Inside-Out Brooklyn dan Tabby yang diberi sentuhan eksperimental. Koleksi kasut pula menampilkan Hudson sneaker dan but Western dengan kemasan unik seolah-olah setiap pasang adalah rekaan one-of-one.
Baca: 6 Beg COACH Paling Stylish Untuk Lengkapkan Gaya Konsert Anda












