COACH MEMUNCULKAN SATU LAGI KOLEKSI KAPSUL EDISI TERHAD BERSAMA JENAMA GAYA HIDUP, CHAMPION. DUA LABEL IKONIK TERSEBUT DISATUKAN DALAM STAIL TERSENDIRI, MENGGEMILANGKAN ASPEK KESUKANAN. MENAWARKAN CERAIAN DAN AKSESORI KULIT YANG PRAKTIKAL. DIHANGATKAN LAGI DENGAN PENAMPILAN WAJAH-WAJAH SEMASA DALAM PENGHASILAN KEMPEN FESYEN.
2021, merupakan tahun yang aktif buat Coach. Satu lagi koleksi kapsul dilancarkan, yang mana mengundang jenama ikonik Amerika, Champion sebagai rakan kolaborasi yang baharu. Ternyata, ‘collaboration’ adalah strategi baharu Coach untuk memperhebatkan sebuah rekaan, malah perspektif baharu berupaya menarik bilangan pengikut baharu. Gabungan idea Coach dan Champion sangat berhasil. Gabungan falsafah kedua-dua jenama tersebut, menghadirkan perspektif yang ‘digaul’ dalam satu gagasan.
Coach x Champion bernada atletik, bertunjangkan ‘streetwear’ yang luxe, membangkitkan keterujaan peminat fesyen streetwear khasnya, untuk segera mendapatkan rekaan dari koleksi ini. Siluet streetwear, terlihat melambangkan identiti Coach serta Champion. Menampilkan rekaan jaket besar, sellar jogger kulit, jaket shearling, baju panas oversized, baju panas berhud, beg kulit, beg pinggang dan jaket varsity yang dilengkapi ‘storypatch’ Coach x Champion pada bahagian hujung baju. Untuk aksesori pula, ia ditampilkan pada permukaan, menyandiwarakan ‘luxe streetwear’. ‘Storypatch’ itu menghubungkan logo Coach dan Champion yang bertindih, lantas menggambarkan warisan bersama kedua-dua jenama dalam lensa yang lebih moden, segar, juga tidak menyingkirkan aspek klasik.
Sebagai pilihan lain, Coach x Champion turut memuatkan aksesori lain yang nyata menyematkan kefungsian, seperti beg weekender, beg slang, beg mini, bekas AirPod, yang semestinya item fesyen penting buat keperluan generasi masa kini.
Bagi menghangatkan lagi koleksi ini, siri kempen turut dilancarkan dengan menampilkan wajah-wajah semasa, seperti model dan ‘influencers’ media sosial, terutamanya TikTok. Paloma Elsesser (model), manakala Wisdom Kaye, Maha Gondal dan Jeffrey Tung bergelar bintang TikTok. Kempen tersebut diarahakan oleh Alessandro Simonetti.
Siri kempen Coach x Champion menampilkan wajah-wajah semasa, seperti model dan pemain kuat aplikasi TikTok. Paloma Elsesser mewakili model, manakala Wisdom Kaye, Maha Gondal dan Jeffrey Tung bergelar bintang media sosial. Siri kempen tersebut diarahkan oleh Alessandro Simonetti. Lanjutan dari koleksi ini, Coach turut menganjurkan “How to Coach a Champion”, satu bentuk cabaran yang dilaksanakan dalam penggunaan TikTok. Coach dan Champion menjemput peminat-peminatnya untuk turut serta dalam siri cabaran yang cukup menyeronokkan itu.
Miliki koleksi Coach x Champion melalui ‘Coach on Delivery’, perkhidmatan percuma yang membolehkan pelanggan menerima item pembelian dengan selamat dan segera sampai ke destinasi tujuan setelah pembelian di lakukan. Layari s://malaysia.coach.com atau emel kepada email coachondelivery@coach.com untuk maklumat lanjut.
#CoachNY #CoachxChampion