Keselesaan dan gaya kini berjalan seiring menerusi koleksi Women’s Innerwear & Lounge terbaharu UNIQLO
Selesa kini bukan lagi sekadar untuk di rumah. UNIQLO memperkenalkan koleksi Women’s Innerwear & Lounge yang mentakrifkan semula cara wanita berpakaian setiap hari, menggabungkan keselesaan, gaya dan fungsi dalam satu himpunan yang versatil.
Mengangkat konsep From Street to Sleep, koleksi terbaharu ini membuktikan pakaian lounge kini mampu menjadi sebahagian daripada gaya harian. Sama ada untuk menikmati secawan kopi, bekerja secara santai, bercuti mahupun menjalani rutin harian, setiap helaian direka agar mudah digayakan tanpa mengorbankan keselesaan.
Lebih daripada sekadar pakaian asas, koleksi ini meraikan gaya hidup wanita moden yang sentiasa bergerak. Potongannya yang ringkas namun sofistikated memudahkan ia dipadankan dengan kardigan, kemeja, knitwear atau jaket kasual untuk menghasilkan penampilan yang kemas dan effortless. Hasilnya, pakaian yang dahulunya hanya dipakai di rumah kini tampil cukup bergaya untuk dibawa ke jalanan.
Seiring perubahan gaya hidup masa kini, sempadan antara pakaian tidur, loungewear dan fesyen harian semakin kabur. UNIQLO menjawab keperluan itu menerusi rekaan yang lembut, ringan dan memberikan kebebasan bergerak, sekali gus menjadikan setiap helaian sesuai dipakai dari pagi hingga ke malam.
Koleksi UNIQLO Women’s Innerwear & Lounge akan mula dijual di semua butik UNIQLO seluruh Malaysia serta di uniqlo.com bermula 13 Julai 2026.
Baca: Romantik Dengan Sentuhan Moden, Kolaborasi Uniqlo & Cecilie Bahnsen









