Rumah fesyen Paris, Chanel mengumumkan pembatalan pertunjukan himpunan Cruise 2020/21 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 7 Mei 2020. Keputusan pembatalan pertunjukan yang direncana berlangsung di Capri, Itali itu jelas sekali disebabkan oleh isu penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin meruncing di serata dunia khususnya di Eropah.
Chanel dalam satu kenyataan yang dikongsikan menyebut bahawa keselamatan dan kesihatan para tetamu termasuk pasukan kerja Chanel sendiri menjadi keutamaan mereka. Dan Chanel dalam pertimbangan meneliti cara atau format alternatif untuk mempersembahkan koleksinya. Stay tuned!