Dalam kita berhadapan dengan wabak Covid-19, ramai pihak cuba melakukan semampu yang boleh dalam usaha membantu kerajaan khususnya hospital dalam meringankan beban dalam sama-sama merawat dan melindungi rakyat Malaysia. Pereka fesyen terkenal tanahair, Datuk Radzuan Radziwill mendapat perhatian apabila dia dilihat menyediakan pakaian untuk membantu para frontliners di hospital. Dalam dua postingnya di Instagram, dia berkongsi klip dia menjahit pakaian untuk para petugas di hospital. Usaha murninya itu mendapat pujian ramai.
Antara yang memberi respons kepada niat murni tersebut ialah bekas personaliti televisyen, Azrina Mazhar Hakim meninggalkan komen dengan menulis “terbaiklah Dato” dalam posting tersebut.
Pereka fesyen senior yang juga Presiden MODA, Melinda Looi turut melakukan hal yang sama yang mana dia turut menjahit dan menyediakan pakaian keselamatan untuk para petugas di hospital. Dalam satu muat naik di Instagram, Melinda menyatakan dia mendapat kerjasama daripada beberapa pereka fesyen dan setakat ini mereka sudah memotong dan menyiapkan 2000 helai ‘jubah’ keselamatan.