Sempena sambutan Hari T-Shirt, UNIQLO melancarkan kempen baju-t terbaharunya dengan menampilkan ikon gaya digemari ramai, Daiyan Trisha dan Phei Yong.
#CelebratingTshirtDay, UNIQLO meraikan baju-t, helaian ringkas yang penuh makna dan menjadi pilihan utama untuk gaya santai serta selesa. Berinspirasikan falsafah LifeWear, UNIQLO menonjolkan keindahan kesederhanaan dan kualiti yang memperkaya kehidupan seharian. Baju-t bukan sekadar helaian asas, tetapi lambang kebebasan, keselesaan dan ekspresi diri yang kekal relevan, tidak lapuk dek zaman.
Menerusi kempen ini, Daiyan Trisha dan Phei Yong menyerlahkan keunikan baju-t, dari gaya kasual yang santai, hingga ke sentuhan klasik yang penuh gaya.
Daiyan tampil memikat dengan padanan baju-t dan seluar denim high-waisted, mencipta gaya yang ringkas namun tetap elegan. Sementara itu, Phei Yong menyuntik elemen gaya jalanan dengan padanan denim yang santai, membangkitkan aura segar dan urban.
Kempen baju-t UNIQLO ini meraikan keindahan gaya minimalis serta kekuatan abadi sehelai baju-t, helaian asas yang melangkaui batas trend, generasi dan budaya. Koleksi terbaharu ini menghidupkan semangat LifeWear melalui rekaan ringkas, berkualiti tinggi dan praktikal yang direka untuk menyempurnakan rutin harian.
Dihasilkan daripada fabrik premium dengan siluet yang kemas serta ketelitian terhadap setiap perincian, baju-t ini menawarkan keselesaan yang konsisten. Pelbagai variasi potongan, warna dan gaya ditawarkan agar mudah dipadankan dengan personaliti, stail peribadi dan suasana berbeza.
Baju-t ialah helaian ringkas yang menyatukan gaya dan keselesaan, membolehkan setiap individu mengekspresikan keperibadian mereka dan sesuai dipakai oleh semua, tanpa mengira usia, cita rasa atau latar belakang.
Pilihan Buat Wanita
AIRism Cotton T-shirt, RM59.90
Crew Neck T-shirt, RM49.90
Mini T-shirt, RM49.90
AIRism Soft Cropped T-shirt, RM59.90
AIRism Cotton Relaxed Long T-shirt, RM59.90
Pilihan Buat Lelaki
AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-Shirt, RM59.90
Crew Neck T-shirt | Short Sleeve, RM49.90
AIRism Cotton Crew Neck T-shirt | Long Sleeve, RM79.90
AIRism Cotton T-shirt | Sleeveless, RM49.90
Dry Waffle Henley Neck T-Shirt, RM59.90
Terokai koleksi penuh di butik UNIQLO berhampiran anda atau secara dalam talian di pautan UNIQLO INI untuk mendapatkan baju-t yang mencerminkan gaya peribadi anda.
Baca: Koleksi Uniqlo x Anya Hindmarch, Gabungan Praktikal dan Playful