Berlangsung pada 24 Oktober di TRX, Darien Aeld dan Nia Atasha hadir menghangatkan suasana dalam sesi penggayaan koleksi terbaru Skechers UNO bersama-sama pembaca EH! dan EHSociates.
Skechers bukanlah satu nama asing dalam dunia fesyen. Jenama ini telah lama dikenali sebagai pilihan utama bagi mereka yang mementingkan keselesaan dan masih bergaya. EH! berbesar hati untuk menganjurkan sesi penggayaan eksklusif di stor Skechers bersama pembaca setia kami, di mana model Darien Aeld dan Nia Atasha hadir dengan koleksi terbaru Skechers UNO dan berkongsi tip da trik tentang penggayaan.
Bersama pembaca setia EH! dan EHSociates, sesi penggayaan kali ini dimulakan dengan model Darien dan Nia, yang berkongsi tentang gaya mereka pada masa tersebut.
Darien tampil dengan hoodie biru navy yang dipadankan dengan jaket denim, serta sweatpants biru gelap yang selesa. Untuk melengkapkan penampilannya, Darien memilih kasut Skechers Uno gabungan rona merah dan putih, ditambah dengan kaca mata hitam, rantai choker, dan jam tangan perak.
Nia tampil kasual dalam sweatshirt berona coklat yang memeluk kemas kemeja putih di sebaliknya, dipadankan pula dengan seluar pendek beige. Melengkapkan penampilannya, Nia mengenakan topi dan kasut Skechers Streer Tres-Air Uno- Shimm-Airy yang menambahkan kesempurnaan gaya kasualnya.
Setelah berkongsi tentang gaya masing-masing pada sesi itu, Darien dan Nia tidak ketinggalan untuk memberikan tip dan trik penggayaan mereka. Bukan hanya mereka berdua, EHSociates, Tengku Mer, Hisham, Sabrina dan Qasrina juga turut hadir, masing-masing tampil penuh bergaya dengan keseluruhan pakaian oleh Skechers dan menceritakan dengan lebih terperinci.
Kami sangat menghargai pembaca setia kami yang meluangkan masa mereka untuk menyertai sesi penggayaan penuh istimewa ini. Pembaca setia EH! juga membawa pulang cenderahati eksklusif!