Acara pertunjukan fesyen yang sudah lima tahun berturut-turut berlangsung dengan jayanya, KLFW RTW 2017 sekali lagi bakal menggegarkan Pavilion Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear (KLFW RTW) sebenarnya dikonsepkan pada tahun 2013 sebagai B-2-C platform buat pereka fesyen Malaysia untuk mementaskan koleksi rekaan ready-to-wear serta dalam masa yang sama mengetengahkan kekuatan dan kreativiti industri fesyen Malaysia ke mata penggemar fesyen tempatan mahupun antarabangsa.
Tahun ini, KLFW RTW menyambut ulang tahun yang ke-5, bakal menampilkan koleksi fesyen rekaan hampir 150 pereka terkenal. Ia bakal berlangsung selama lima hari dari 16 sehingga 20 Ogos 2017. Barisan pereka bakal mementaskan koleksi rekaan mereka yang tidak pernah dilihat sebelum ini “Runway Collection”.
Bekerjasama rapat dengan Tourism Malaysia dan Preferred Travel Partner, AirAsia, KLFW RTW 2016 bakal menjemput enam tetamu pereka fesyen antarabangsa dari China, India, Australia, Jepun, Filipina dan Korea Selatan untuk memudahkan komunikasi bi-lateral kreatif antara pereka tempatan dan antarabangsa serta untuk mempromosikan pertumbuhan antarabangsa buat pereka tempatan kita pada masa akan datang.
Bukan itu sahaja, KLFW RTW 2017 turut bekerjasama dengan AirAsia untuk AirAsia Runway Ready Designer Search 2017 (AARRDS) dalam mencari bakat baru dalam dunia kreatif buat masa depan. Tahun ini, AARRDS memperluaskan skop pertandingan termasuklah negara Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam, Brunei, Myanmar, Laor, Kemboja dan Malaysia.
Ia sebenarnya sebagai satu platform buat pereka muda dari sekitar rantau ini untuk mementaskan bakat mereka disamping membantu melonjakkan mereka ke dalam industri fesyen. Kesemua 20 finalis dari 10 negara ASEAN bakal bersaing dalam Grand Finale of AirAsia Runway Ready Designer Search 2017 pada 18 Ogos nanti.
“Terlalu banyak bakat di sekitar rantau ini dan sebagai satu jenama ASEAN yang sebenar, kami mahu memperluaskan pencarian pereka fesyen ini di beberapa buah negara lain dari Malaysia. ASEAN juga mempunyai kolam bakat yang kuat yang mana kami berharap dapat membantu mereka ke mata industri fesyen menerusi pencarian pereka ini,” ujar Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.
Industri fesyen kini lebih cenderung pada konsep see-now-buy-now. Pada tahun ini, KLFW RTW 2017 akan menggabungkan elemen kepuasan segera dengan beberapa pereka. Dengan kerjasama Fashionvalet yang turut serta dalam KLFW RTW, beberapa pereka yang sedia untuk menghasilkan koleksi akan menjual koleksi terbaru mereka semasa KLFW RTW 2017 dan ia boleh didapati di butik FashionValet Pavilion Kuala Lumpur serta di bilik pameran pereka sendiri.
“Orang ramai bertindak mengikut gerak hati dan pada saat mereka kagum melihat apa yang mereka lihat di atas pentas, mereka pasti mahu memilikinya sekarang. Jika anda memberi memperuntukkan 3 bulan lagi untuk menjualnya, lupakan sahaja kerana mereka tidak akan lagi endah. Saya selalu percaya pada see-now-buy-now, zaman sekarang masyarakat tidak suka menunggu. Dalam dunia fesyen yang pantas, jika anda menunggu berbulan-bulan untuk melancarkan produk, kemungkinan besar orang lain telah melepaskannya terlebih dahulu,” jelas Vivy Yusof, Pengasas Bersama FashionValet.
“Saya sangat teruja untuk KLFW tahun ke-5. Dari awal lagi, saya selalu menjadi seorang juara Ready-to-Wear kerana saya percaya ia boleh menjadi kategori perniagaan utama bagi Pereka Malaysia. Bagi KFLW 2017, saya sedar bahawa semakin banyak pereka akan bereksperimen dengan trend “See Now Buy Now.” Apa cara yang lebih baik bagi KLFW untuk merealisasikan matlamat mempromosikan Ready-to-Wear daripada melihatnya dijual tepat selepas persembahan? Dan untuk itu, saya sangat teruja!”kata Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017.
Follow Instagram @ehmalaysia untuk peluang menangi koleksi pakaian Cassey Gan Suprematism Series 08 bernilai RM1,500!