Minimalis serba-serbi, baik warna dan potongan menjadi taruhan Maslea di pentas #KLFWRTW2017, himpunan ini diberi nama e.lin.mentary.
Maslea, label fesyen yang masih hijau di persada fesyen Malaysia membuat kemunculan debut di pentas Kuala Lumpur Fashion Week hari ini. Dikenali dengan signature minimalis dalam siluet longgar, Maslea masih mengekalkan identitinya untuk himpunan terbaru mereka.
Palet warna untuk himpunan ini banyak bermain dengan warna putih, coklat dan kelabu. Kemeja putih labuh dan longgar, celana potongan lebar dan skirt berbutang antara yang banyak ditonjolkan dalam himpunan ini.
Untuk kempen himpunan ini, Maslea bekerjasama dengan bekas peserta Aisa Next Top Model, Tuti dalam rakaman gaya berkonsepkan minimalis.