Menggunakan perkataan inspirasi ‘Sawasdee’, ucapan mesra salam Thailand, Qurated X ICONCRAFT memeteraikan koleksi fesyennya julung kali di Kuala Lumpur. Koleksi jenama eksklusif Musim Bunga/Musim Panas 2023 ini berhasrat untuk memperkenalkan perspektif fesyen Thai ke Malaysia.
Akui Thailand kaya dengan budaya dan experimentasi warna yang mewakili budaya, Dr Anothai Cholachatpinyo membongkar maksud disebalik koleksi fesyennya ini. Bereksperimenkan Tie-dye yang dihibridkan dengan blok warna neon, ia secara tidak langsung telah menghasilkan spektrum warna yang unik.
Masih mengekalkan ilusi batik tradisional yang dimodenkan dengan pencahayaan warna pastel, nyata koleksi ini pantas digemari oleh penonton ketika ia dipamerkan di Kuala Lumpur Fashion Week. Dihiasi dengan eksplisit pencetakan skrin, digabung dengan pewarna tie Indigo merakamkan gaya jalan bandar Thai.