Kekal sebagai stail ikonik, denim masih kekal sebagai pakaian yang paling popular dan popularitinya memang dijulang dalam kamus gaya Gen Z.
Berkembang memenuhi keperluan dan pilihan generasi kini, dan sering saja terfikir bagaimana denim boleh menjadi salah satu pakaian yang paling bergaya dan tak lapuk dek zaman? Terdapat banyak gaya denim yang berbeza untuk dipilih dan popular di kalangan Gen Z sepeti mana yang dilihat setiap hari di serata dunia.
Denim vintaj dan terpakai telah mendapat tempat dalam generasi ini sebagai cara yang lebih mesra alam untuk menikmati fabrik ikonik ini. Terkenal kerana menerima fesyen neutral jantina dan uniseks, fleksibiliti, denim menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mereka yang mencari gaya yang lebih androgini atau bukan binari. Platform media sosial seperti Instagram dan TikTok telah memainkan peranan penting dalam membentuk trend fesyen dan denim sering ditampilkan dalam pelbagai gaya pada platform ini.
Gaya Fesyen Timeless.
Pakaian denim kekal popular sebahagiannya kerana ketahanannya. Denim atau jean yang berkualiti tinggi boleh bertahan selama bertahun-tahun atau bahkan beberapa dekad dan denim ini kelihatan lebih baik apabila usianya meningkat, menambah daya tarikannya.
Penggunaan fabrik denim telah melalui banyak evolusi. Status denim sebagai kain kontra budaya membuka jalan ke hadapan untuk banyak trend gaya yang terus membentuk industri fesyen. Mempunyai keupayaan luar biasa untuk trend yang berkembang sambil mengekalkan daya tarikan intrinsiknya, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai komponen penting dalam pakaian ramai individu dan fabrik yang kental mengikut peredaran masa.
Keselesaan Dan Fleksibiliti.
Denim diperbuat daripada fabrik yang fleksibel, yang menjadikannya selesa untuk perjalanan yang jauh dan panjang. Terkenal dengan ketahanannya, menjadikannya pilihan bagi seorang traveller bernama Harith untuk memulakan perjalanannya yang mencabar. Dia berpendapat, Jeans mempunyai sifat serba boleh yang boleh dipadankan dengan iklim dan aktiviti yang berbeza.
Memakai seluar jean semasa berjalan jauh adalah pilihan praktikal kerana keselesaan, ketahanan dan kemudahan tambahan pada poket. Ia membolehkan kita menumpukan perhatian pada pengembaraan tanpa perlu risau tentang pilihan pakaian.
Imej Feminin Yang Versatil.
Gaya feminin dalam denim boleh merangkumi pelbagai rupa dan pilihan. Bergantung pada pilihan peribadi dan trend fesyen, penggunaan denim atau jeans telah banyak berubah. Sebagai contoh, skirt jean yang begitu popular masa kini telah mencipta siluet yang anggun, memberikan rasa vintaj dan feminin pada pakaian terutama apabila dipakai dengan kasut platform seperti yang digayakan oleh pelajar jurusan fesyen Tsara Diyanah, dia berpendapat, skirt jeans adalah cara lain untuk menggabungkan jean ke dalam almari pakaian feminin.
Gaya feminin denim adalah mengenai ekspresi peribadi dan mencari keseimbangan antara keselesaan, keyakinan dan rasa individu. Mencampur dan memadankan gaya, warna dan aksesori denim yang berbeza boleh membantu mencipta gaya unik yang sesuai dengan personaliti dan pilihan fesyen.
Gaya Uniseks
Pemakaian jaket denim kekal sebagai item fesyen yang digemari kerana fleksibiliti, ketahanan, keselesaan dan gaya ikoniknya yang telah memainkan peranan dalam pergerakan budaya dan fesyen, menjadikannya simbol keperibadian dan ekspresi diri, jaket denim sudah tentu memberi impak yang berkekalan kepada industri fesyen dan terus menjadi ruji almari pakaian bagi ramai orang.
Menurut pereka fesyen muda Uzair Shoid, jaket denim boleh dipakai dengan pelbagai jenis pakaian, menjadikannya sesuai untuk pelbagai majlis dan gaya sama ada anda ingin kelihatan kasual, lasak atau penampilan yang lebih menarik.
Telah popular selama beberapa dekad dan terus bertahan sebagai fesyen versatil. Jaket denim mempunyai ciri ikonik seperti penutupan butang hadapan, poket dada dan reka bentuk jaket klasik. Unsur-unsur ini menyumbang kepada gaya dan pengiktirafan tersendiri.
Artikel Berkaitan: 5 Idea Suai Padan Denim Hailey Bieber