DIOR TAMPIL DENGAN KOLEKSI MUSIM PERCUTIAN MERANGKUMI AKSESORI TERHANGAT. EH! KONGSI SENARAI ‘WISHLIST’ DARI KOLEKSI INDAH TERSEBUT.
Sempena musim perayaan, Dior lancarkan “Holiday Collection” bagi menyambut akhir tahun 2021. Akhir tahun juga menandakan musim perayaan, cukup akrab dengan budaya memberi. Lanjutan itu, Dior memberi idea yang ideal, item apakah yang sempurna untuk dimiliki atau dihadiahkan kepada yang tersayang. Terbukti, Dior meraikan magis Krismas dengan pilihan aksesori yang memesona.
Himpunan ‘Holiday’ ciptaan Maria Grazia Chiuri direka dalam ilham yang unik dan memikat, melalui butiran yang pelbagai. Keindahan abadi Greece yang mengilhami pertunjukan cruise 2022 Dior, turut sama mengilhami identiti disebalik koleksi ini. Rangkaian ‘Holiday’ menghadirkan perpaduan warna dan kerajinan yang unik, seperti warna krim yang lembut bertemu metalik dan cetakan desain yang menawan dari perspektif seni yang tiada tandingan.
Tema percutian menjadi visi dari koleksi liburan Dior kali ini, bingkisan yang sederhana nan menawan. Menghadirkan aksesori kulit dan aksesori kecil yang menawan dan identiti dengan gaya Dior.
Lambang gaya Dior, beg Lady Dior dan Dior Bobby dipersembahkan bersama Dior Caro yang menyerlahkan corak pied-de-poule yang ikonik, serta Lady D-Liye yang dihiasi dengan signatur gaya toile de Jouy.
Selain untuk menyambut akhir tahun, koleksi ini juga menampilkan rangkaian yang mengisahkan narasi kehidupan yang indah dan dilanjutkan melalui perpaduan warna dan tekstur. Setiap motif yang tercipta seakan tak pernah pudar geloranya. Menyuntik para penggemar untuk memilikinya. Motif-motif seperti Dior Oblique dan berbagai motif ikonik lainya juga terangkum dalam jejak koleksi ini.
Dior Book Tote yang stylish dan model mininya, serta bekas vanity Dior Travel, dihadirkan dalam versi corak Dior Oblique, yakni dalam warna krim dan emas. Himpunan barang kemas turut ditawarkan, reka bentuk dan ilham yang diambil dari mitologi Yunani.
Nuansa kasual yang ditekankan pada setiap rekaan begitu menyatu dengan iklim nyaman dan kecondongan bergaya kala musim percutian. Paduan warna yang sederhana dan material ringan menjadi taruhan dalam koleksi ini.
EH! Kongsikan item-item Dior dari ‘Christmas Essentials’ yang memasuki ‘wishlist’!
Artikel berkaitan: Beg Longchamp; Tiga Yang Terbaik Untuk Parti Akhir Tahun!