Dior membariskan koleksi Cruise 2023 di satu binaan pop-up istimewa yang dibuka kepada umum bermula 18 November lalu.
Ruang legar The Gardens Mall pertengahan November lalu mempunyai tarikan baharu apabila rumah fesyen Paris, Dior melancarkan pop-up eksklusifnya. Tanggal 18 November (kebetulan cuti umum) menjadi hari pertama yang mana pop-up ini dibuka secara eksklusif buat selebriti undangan dan juga tetamu VIP Dior sendiri.
Amelia Henderson antara selebriti jemputan Dior yang menyerikan hari pertama pembukaan pop- ini. Hadir dalam busana Dior head-to-toe, menerokai setiap ruang pop-up eksklusif ini yang dibina dalam bentuk memanjang. Tiap sudut dilatari dengan koleksi Dior Cruise 2023, dari baju, celana, skirt hinggalah ke varisi tas tangan dan sepatu. Tiap sudut sangat sempurna untuk rakaman #OOTD.
Himpunan Dior Cruise 2023 dipentaskan di Seville tahun lalu dan koleksi ini menceduk inspirasi daripada elemen seni budaya dan sejarah Sepanyol. Elemen ini dapat dilihat pada gabungan potongan signature Dior dan dikahwinkan dengan permainan ropol, kain kembang juga mainan fabrikasi Sepanyol. Tas tangan ikonik Dior juga diberikan interpretasi baharu dengan suntikan elemen ini termasuklah tas Lady D-Joy, Lady Dior, Dior Book Tote dan Saddle.
Selain Amelia Henderson, ramai selebriti terkenal lain yang turut hadir termasuk Zahirah MacWilson, Daiyan Trisha, Misha Omar, Hael Husaini, Anna Jobling dan ramai lagi. Usah lepaskan peluang untuk merasai ‘keindahan Sepanyol’ di pop-up eksklusif ini. Ingat, ia dibuka setiap hari sehingga 2 Januari 2023.
BACA: “My Life Goals, Saya Hanya Mahu Gembira,”- Amelia Henderson