Sebut sahaja Chanel, YSL, Christian Dior atau apa sahaja jenama fesyen yang mewah pasti semua orang kenal. Mari kenali wajah disebalik nama jenama mewah yang terkenal di seluruh dunia.
Gambar: themost10.com
Yves Saint Laurent
Yves Saint Laurent menjadi terkenal dalam dunia fesyen apabila kreativitinya mereka pakaian yang maskulin kepada feminin bersesuaian untuk wanita. Yves menjadi pereka fesyen pertama di Perancis yang memperkenalkan ‘power suits’ untuk wanita pada tahun 1966. Legasi fesyen yang ditinggalkan oleh Yves ialah pakai ‘ready-to-wear’ yang menjadi item fesyen terpenting.
Gambar: themost10.com
Christian Dior
Dilahirkan pada Januari 1905, pereka fesyen dari Perancis ini sangat terkenal dengan idea fesyen yang segar. Pada tahun 1947, rekaannya menjadi ikutan penggemar fesyen selepas Perang Dunia ke-II. Selepas itu, John Galliano meneruskan legasi pereka ini di Paris dimana dia mencipta gaun dramatik, chic prêt-a-porter, dan aksesori mewah untuk Dior.
Gambar: themost10.com
Donatella Versace
Selepas pembunuhan abangnya, Gianni Versace pada tahun 1997, Donatella mengambil alih Versace dan mengangkat nama jenama ini ke satu tahap yang tinggi. Dia memastikan Versace dapat memenuhi kehendak penggemar fesyen seluruh dunia terutamanya Milan dan New York. Antara selebriti terkenal yang menggemari koleksi pakaian, aksesori, haruman dan perabut rumah Versace adalah Jennifer Lopez dan Madonna.
Gambar: themost10.com
Calvin Klein
Dilahirkan pada tahun 1942 di kota New York, Klein sangat menjaga penampilannya untuk kelihatan segak dan berkarisma. Pesaing terbesarnya, Ralph Lauren mengaku mencemburui daya tarikan yang dimiliki Klein tanpa perlu berusaha keras.
Gambar: themost10.com
Coco Chanel
Gabrielle“Coco” Bonheur Chanel merupakan pereka fesyen Perancis yang cukup berbakat. Pengasas jenama Chanel sentiasa berfikiran moden dengan reka bentuk yang praktikal dan sederhana tetapi mewah menjadikan dia seorang tokoh penting yang berpengaruh dalam dunia fesyen abad ke-20. Hanya dia seorang sahaja dalam kalangan pereka fesyen yang pernah tersenarai dalam Time 100 untuk The Most Important People of the Century.