We love Doja Cat! Sejak popular dengan lagu “Say So” (penangan TikTok), nama Doja Cat meletus, langsung muncul sebagai pop star era baharu dengan barisan lagu hit lain. “Like That”, “Baby I’m Jealous”, “Boss Bitch”, “Del Mar” dan yang terbaharu, “Best Friend”. Selain muncul dengan lagu-lagu hit, penampilan unik Doja Cat turut mencuri perhatian.
Doja Cat merupakan antara penyanyi wanita solo yang kerap mengadakan persembahan nyanyian secara virtual. Di pelbagai acara muzik, seperti MTV Video Music Awards, Billboard Music Awards, The Tonight Show dan banyak lagi. Boleh dianggap, tahun 2020 adalah tahun yang cemerlang buat Doja Cat. Menariknya tentang Doja Cat, dalam setiap penampilan, Doja Cat akan muncul dengan gaya yang pelbagai. Doja bagaikan orang lain tiap kali muncul di sesuatu acara.
Doja Cat juga terkenal dengan gaya rambut yang unik. Variasi warna rambut pernah digayakan Doja Cat. Doja patut diberi jolokan ratu rambut palsu. Ada sahaja rupa rambut yang akan dipamerkan Doja. Dalam muzik video “Say So”, Doja menggayakan lebih daripada tiga jenis stail rambut. Rambut afro, perang, merah jambu-dalam pelbagai jenis ikatan dan tekstur menggarap ilham retro disko.
Dan dalam muzik videonya yang lain, rambut warna jingga, merah, hitam, hot pink atau ikatan long ponytail merupakan pilihannya utamanya. Lalu, membentuk identiti gaya Doja Cat yang cukup tersendiri. Ia ternyata membezakan Doja Cat dengan penyanyi-penyanyi wanita yang sama generasi dengannya.
Stail Doja Cat boleh juga dianggap sebagai eksentrik, daring dan ‘costume’. Gayanya tidak terhad dan sentiasa berevolusi tanpa sempadan. She’s the new definition of extra. Sedikit sebanyak membentuk trend semasa, yang mana turut mengubah hala tuju fesyen semasa. Golongan millennials menyanjung penampilan Doja Cat. Banyak ilham boleh didapati dari keseluruhan ‘look’ Doja Cat. Baik dari aspek berfesyen, solekan, gaya rambut dan pemilihan aksesori. Lihat sahaja bagaimana fesyen Doja Cat sewaktu melewati karpet merah. EXTRA! Kudos to her stylist, Brett Alan Nelson.
Sumber gambar: Google
Artikel berkaitan: Lana Condor, Pelakon Baharu Bijak Bergaya