DUA LIPA TERUS MENGUASAI DUNIA FESYEN. TERBARU, TERPILIH UNTUK MENGHIASI KEMPEN BAHARU PUMA. SEMPENA PELANCARAN SNIKER SUEDE MAYU YANG SERBA BAHARU.
Superstar pop global dan ikon fesyen, Dua Lipa dirakam memakai PUMA Suede Mayu yang baharu dilancarkan, kini hadir dalam balutan warna hitam yang menjengah pasaran pada hujung minggu ini.
Dilancarkan awal tahun ini, siluetnya menggarap elemen reka bentuk dari salah satu gaya jenama yang paling ikonik dan melancarkannya dalam nada kontemporari.

Dua Lipa bercanda dalam gaya yang tersendiri dalam kempen terbaharu yang dirakam oleh jurugambar, Mario Sorrenti. Menyaksikan penampilan sporty Dua Lipa dalam padanan warna terbaharu Suede Mayu dengan skirt hitam, top senteng, dan top kilat-menunjukkan sisi versatil kasut itu. Siluetnya boleh berubah untuk dipakai sepanjang hari, untuk sebarang acara peribadi.
Tapak platform pada dasarnya, memberikan bayangan kepada penampilan yang bergaya kekinian dan segar. Gaya lazim buat generasi masa kini.
Bahagian atas kasut pula ‘meminjam’ dari salah satu gaya paling ikonik PUMA dengan platform yang lebih bold, namun kekal dengan sifat ringan dan keselesaannya. Reka bentuk Suede Mayu yang berganda, tampak unik telah memunculkan satu rekaan yang terdepan, jika dibandingkan dengan reka bentuk asal.

Selaras dengan itu, Dua Lipa juga tampil untuk kempen wanita PUMA yang baharu “She Moves Us”, meraikan wanita yang bersama menuju untuk mencapai dan menjalani ikatan melalui fesyen, komuniti dan sukan. PUMA Suede Mayu bakal berada di pasaran bermula 18 Ogos 2021.
Artikel berkaitan: Love is In The Air, Semarak Cinta FENDI