EH! Raya Lounge bersama Buttonscarves dan Stephen Knoll dalam sesi bengkel Hijab Styling istimewa hujung minggu ini di Pavilion, Kuala Lumpur.
Bengkel fesyen EH! Raya Lounge x Buttonscarves, yang turut melibatkan produk penjagaan rambut Stephan Knoll pada 31 Mac ini, bertujuan untuk menginspirasi para penggemar fesyen dalam menggayakan tudung dan merawat rambut bagi para hijabis sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba.
Para peserta akan diajar tentang gaya dan trend fesyen tudung terkini, mendekatkan mereka dengan pelbagai tip dan trik gaya tudung dari stylist terkenal, Nazlivingastyle (Naz Ibrahim), menggunakan koleksi daripada Buttonscarves. Peserta juga akan diberikan tip penjagaan rambut menggunakan produk dari Stephen Knoll dan berpeluang membawa pulang cenderahati daripada Stephan Knoll.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pandangan eksklusif tentang fesyen modest yang elegan dan tip penjagaan rambut yang bergaya dengan menyertai bengkel eksklusif ini kerana anda juga berpeluang membawa pulang koleksi daripada Buttonscarves serta berpotensi memenangi cenderahati koleksi terbaharu daripada Buttonscarves yang bernilai RM135 dan pelbagai hadiah menarik lain!
*Cenderahati eksklusif daripada Stephen Knoll menanti anda! Tempat adalah terhad kepada 20 pembaca bertuah sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Mac 2024.
Sertai EH! Raya Lounge: Hijab Styling Buttonscarves bersama Nazlivingastyle sekarang dengan mengisi borang di bawah ini.
Terma & Syarat
- Lengkapkan butiran anda dan klik ‘Sertai Kami!’.
- Hanya 20 pembaca EH! bertuah yang terpilih akan dihubungi dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 48 jam.
- Penyertaan ini terbuka kepada semua wanita warga Malaysia yang berumur antara 18-44 tahun sahaja.
- Pihak EH! dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama dan gambar peserta untuk tujuan promosi dan publisiti.
Artikel Berkaitan: Bengkel Cantik EH! X YSL Beauty Bersama Siti Khadijah