Sempena Aidilfitri yang bakal kunjung tidak lama lagi, EH! mengadakan EH! Raya Lounge kerjasama bersama Buttonscarves MY dalam merealisasikan bengkel Hijab Styling bersama 20 pembaca bertuah.
Diadakan di EH! Raya Lounge Pavilion, Kuala Lumpur, EH! x Buttonscarves MY pertama merasmikan bengkel fesyen EH! Raya Lounge bersama 20 pembaca bertuah yang berpeluang mengalami pengalaman peribadi bengkel fesyen sempena Aidilfitri tidak lama lagi.
Pasti semua antara kita ingin kelihatan menawan dan cantik pada pagi lebaran. Mencapai tahap maksimum seharian, sesi salaman hingga bertemu tetamu di rumah, fesyen hijab styling adalah perihal yang perlu kita utamakan dan cantikkan kembali setiap masa untuk tampilan yang manis.
Pemilihan jenis tudung dan sifat desainnya adalah kunci utama kepada gaya tudung yang menawan dan gambar OOTD Aidilfitri yang sempurna… Buttonscarves MY punyai sesuatu yang pasti mengasyikkan buat para hijabista dan dengar akan suara hati wanita yang ingin tampil cantik di hari lebaran.
EH! x Buttonscarves MY memperkenalkan koleksi hijab baharu, Farra Series, dari gaya tudung bawal kepada shawl, pelengkap gaya OOTD Aidilfitri Hijabista.
Mereka yang bertuah, 20 pembaca pertama berpeluang untuk mengalami pengalaman peribadi tentang gaya dan trend fesyen hijab terkini, mendekatkan mereka dengan pelbagai tip dan trik gaya tudung dari stylist terkenal, Yaya Ibrahem menggunakan koleksi daripada Buttonscarves.
#EHsklusif, para peserta turut mendapatkan pandangan eksklusif tentang fesyen modest yang elegan dan bergaya dengan membawa pulang koleksi daripada Buttonscarves yang bernilai RM135!
Riak muka pembaca yang kagum dengan tip dan trik magik yang ditunjukkan, puas hati dengan hasil akhir Hijab styling yang ditunjukkan. Pasti tidak sabar ingin gayakannya pada pagi Aidilfitri!
Pengalaman sesi berasingan kelas pertama Buttonscarves bersama Yaya Ibrahem yang intim ini dimulakan dengan asas pengenalan Hijab dan koleksi Farra Series kepada pembaca.
Baca: #EHksklusif Kenali Yaya Ibrahem, Penata Hijab Selebriti