Syawal semakin hampir, dan jika anda sudah membaca EH! Select sebelum ini, anda pasti tahu kami mencuba dan berkongsi pengalaman sebenar bersama pembaca setia EH! dan kali ini, kami kembali dengan edisi khas EH! Select edisi Syawal, di mana kami mengunjungi butik pilihan untuk mencari helaian busana, kasut, dan aksesori yang akan menyempurnakan gaya Aidilfitri anda.
Dalam edisi ini, barisan pengarang EH! mengupas pilihan terbaik, daripada busana yang menawan, aksesori yang mencuri perhatian, hinggalah ke pilihan kasut yang selesa, semuanya dipilih dengan teliti untuk memastikan anda tampil sofistikated dan memukau di pagi Syawal. Dan istimewanya kali ini, kami memberikan spotlight kepada jenama tempatan yang penuh pesona dan wajar menjadi pilihan anda juga.
Our Second Nature
Sebagai pencinta gaya moden yang effortless, saya memilih Our Second Nature sebagai jenama utama untuk koleksi lebaran kali ini. Siluet yang longgar tetapi tersusun, fabrik berkualiti tinggi dengan tona warna lembut, dan perincian yang halus menjadikan setiap helaian jenama ini pilihan yang ideal untuk Syawal. Bukan sahaja selesa untuk sesi rumah terbuka yang panjang, tetapi juga cukup elegan untuk bergambar dan mencipta momen indah Aidilfitri.
Machino
Penampilan tidak akan lengkap tanpa sepasang kasut yang sesuai. Machino hadir dengan koleksi kasut yang bukan sahaja cantik tetapi juga selesa. Saya memilih kasut leper bermotif bunga daripada koleksi ini, sentuhan sofistikasi yang tetap berpaksikan tradisi. Kasut ini sempurna untuk dipadankan dengan busana moden atau baju kurung klasik, memberikan gaya yang effortless tetapi tetap chic.
Luna Jewellery
Setiap gaya memerlukan aksesori yang tepat, dan tahun ini saya memilih Luna Jewellery sebagai pelengkap gaya Syawal. Dimiliki oleh selebriti dan usahawan Neelofa, koleksi aksesori ini menggabungkan rekaan trendy dengan harga yang berpatutan. Sama ada anting-anting minimalis, cincin statement, atau rantai yang elegan, setiap satu direka untuk menaikkan seri penampilan anda sepanjang musim perayaan.
Tonton video penuh di Tiktok @ehmalaysia
Artikel Berkaitan: EH! Select: Perkongsiaan Jujur Produk Kecantikan Pilihan EH!