Hello pembaca, ada sesuatu menarik khas buat anda. EH! hadirkan bio penggal baharu, EH! Select mengupas pilihan fesyen dan kecantikan kesukaan pengarang EH!, khas edisi syawal!
Dalam edisi ini, barisan pengarang EH! Select akan mengupas pilihan terbaik merangkumi busana, aksesori, solekan dan wangian eksklusif yang sesuai untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh gaya.
Kami pastikan pilihan yang dipilih menerajui ‘trendsetter‘ dan terbaik untuk anda gayakan dan khas edisi syawal, kami bariskan jenama fesyen lokal kegemaran yang menangkap mata, pasti mencuri hati anda juga.
Jenama tempatan yang menawan, setiap cadangan dipilih dengan teliti bagi memastikan anda tampil anggun dan menawan. Ikuti pilihan pengarang untuk inspirasi gaya Syawal yang sofistikated dan memukau!