Farah Ain
@ehmalaysia Hello, ada sesuatu menarik khas buat anda 👗❤️ EH! hadirkan bio penggal baharu, EH! Select mengupas pilihan fesyen dan kecantikan kesukaan pengarang EH!, khas edisi syawal! Ikuti fesyen pilihan pengarang untuk inspirasi gaya Syawal yang sofistikated dan memukau. Baju Kurung | #larney Selendang | #Sahara Kasut | #Machino Baca di EH.MY, klik LINK di atas. #ehmalaysia #ehselect
Dalam edisi lebaran pilihan pengarang, Farah Ain memilih gaya yang elegan dengan sentuhan klasik, menampilkan Delicate Kebaya in Champagne dari Larney. Rekaan kebaya ini menonjol dengan potongan kemas dan perincian mewah, mencerminkan estetika klasik yang sesuai untuk Syawal.
Untuk melengkapkan penampilan, Farah memilih selendang Saharā Vol. II Teal Blue dari Sahara, jenama tudung yang terkenal dengan fabrik lembut dan alunan yang anggun, sarat manik menambah elemen sofistikasi pada keseluruhan gaya.
Kasut dari Machino pula menjadi pilihan terakhirnya, Bloom Ballerina Flats in Hana Black dari Machino, kasut leper yang selesa tetapi tetap bergaya, memastikan keselesaan tanpa mengorbankan gaya. Kombinasi ini memberikan sentuhan moden yang tetap berpaksikan tradisi!