Serlahkan diri dengan koleksi kasut baharu dari 4 jenama yang bukan sahaja selesa tetapi stylish!
Sneakers ialah item penting jika anda seorang yang sukakan gaya santai dan sporty. Berjalan, berlari mahupun bersukan akan lebih selesa jika anda mengenakan kasut yang sesuai dengan jenis kaki dan tahap keselesaan paling optimum. Pemilihan sneakers perlu lebih teliti kerana kita selalu akan memakainya untuk jangka masa yang lama. EH! bariskan 4 sneakers yang menjadi pilihan kami bulan ini!