EH! menemubual Alia Bastamam, pereka yang bertanggungjawab mereka gaun pernikahan Neelofa yang berlangsung hari ini.
Ternyata kolaborasi Neelofa menerusi jenama tudungnya Naelofar bersama alia Bastamam telah dipanjangkan dengan satu lagi kolaborasi yang lebih istimewa iaitu Mereka busana pernikahannya. Saya berjaya duduk 10 minit bersama Alia di butiknya berbicara tentang gaun perkahwinan ini dua Hari sebelum majlis berlangsung. Selain Neelofa, Alia Bastamam juga bertanggungjawab menyiapkan baju-baju buat adik-beradik Neelofa.
Bila Neelofa meminta Alia mereka dan menyiapkan gaun pernikahannya?
Neelofa dan pembantunya, Nadia datang bertemu saya tiga minggu lalu. Dari situ saya dan dia terus berbincang tentang rekaan memandangkan masa yang ada sangat suntuk dan hingga sekarang kami masih lagi dalam proses menyiapkan gaun tersebut.
Apakah inspirasinya?
Inspirasinya banyak dari gaya Timur Tengah memandangkan Neelofa Sendiri akan kekal berniqab di majlis pernikahan ini. Kami sepakat memilih warna off white dan banyak menggunakan renda.
Pilihan rendanya bagaimana?
Saya tunjukkan beberapa sample renda kepada Neelofa dan ternyata pilihan kami sama. Kami bersetuju untuk tidak menggunakan renda yang bercorak bunga-bungaan, sebaliknya kami memilih renda yang berbeza, yang mana corak rendanya lebih kepada gaya senibina.
Apa lagi fabrik atau perincian lain?
Ada sedikit bulu, material sari, jurai dan beberapa lagi elemen. Selendangnya pula kami stailkan dalam gaya organic drape.
Apakah perasaan apabila Neelofa memilih Alia untuk mereka baju pernikahannya?
Saya teruja memandangkan ini antara majlis pernikahan yang ditunggu-tunggu. Dalam masa yang sama saya juga tertekan kerana saya tahu pasti ada expectation daripada peminatnya. Kita sendiri tahu penggemar Neelofa itu datang daripada pelbagai latar belakang dan lapisan, jadi mereka punya prefrence yang pelbagai.
Pengalaman menyiapkan busana ini?
Macam saya katakan tadi, excited. Neelofa seorang yang tenang, very calm bride.
Sudah lama mengenali Neelofa?
Saya mula mengenali Neelofa sejak awal saya melancarkan jenama Alia Bastamam sendiri. Sewaktu itu dia masih mengacara NONA, dan dia datang menemubual saya. Sejak itu dia memang ada datang menempah dan membeli baju misalnya untuk Hari raya.
Ucapan Alia untuk Neelofa?
Saya doakan perkahwinan yang dibina ini berkekalan dan membahagiakan buat Neelofa dan Haris. Happy ever after.