Adidas himpunkan Gen-Z rapper; Airliftz, Hullera dan A-Kid sempena pelancaran Adidas Originals NMD Cypher.
Adidas melancarkan siluet koleksi baharunya, NMD V3 pertama di Asia Tenggara dengan kerjasama 3 artis tempatan merealisasikan kolaborasi sebuah lagu unik nyanyian khas Airliftz, A-KID dan Hullera. Rekaan yang terkini dan gaya muda ini meletakkan Adidas di landasan arena hip-hop yang belum dilihat sebelum ini.
Seiring menghormati warisan muzik ini, Adidas mewujudkan NMD Cyphers, mengetengahkan warna dan reka yang kreatif menerusi gabungan kepakaran prodigi hip-hop dan cerita bakat muda, Airliftz, Hullera dan A-KID dari permulaan yang sederhana, diserlahkan menerusi muzik.