Airliftz
Aliff Shaharom, penyanyi Hip-hop muda yang berasal dari Kajang-Cheras mula berjinak dalam industri muzik hip-hop seawal usia 13 tahun. Nama pentasnya, Airliftz yang sudah mencana pena di mata Malaysia kini mengintai aliran muzik A-Pop, label rakaman baharu, AirAsia Group dan Universal Music Group, peneraju dunia dalam hiburan berasaskan muzik yang baru ditandatanganinya.
Kerjasama Adidas x Airliftz dalam seni muzik-fesyen, Adidas Originals NMD Cypher ini membawa lebaran baharu dimana ia mengangkat seni hiburan rap. Lirikan dan maksud bait lagu Airliftz menarik magnet Adidas untuk menjadikan penyanyi Honest ini sebahagian daripada cypher NMD V3 yang serba baharu.
Mengungkap inspirasi disebalik single baharu dan proses kreatifnya, Airliftz menceritakan asal lagu yang ditulisnya adalah untuk artis Korea bernama Yeji Kim, lagu tentang patah hati dan rasa keliru dalam perhubungan. Kejadian ketika itu seperti dejavu baginya kerana ia juga berlaku ke atas dirinya. Tambah Airliftz lagi, untuk permulaan lagu kebiasaanya akan dinyahkod-melodi dahulu. Kemudian bermain dengan nota muzik yang berbeza sehingga ia mengeluarkan runut bunyi yang sedap, barulah masukkan perkataan atau lenggok nyanyi hingga ke akhir pembentukan lagu.
Kini menginjak usia 24 tahun, Airliftz mengutamakan suara jalanan dan ingin memberi inspirasi kepada pemuda rappers. “Berasal dari Kajang-Cheras, di mana saya dibesarkan dengan melihat banyak keganasan dan kecanduan sosial budaya membuatkan saya berasa ingin didengari dan memberi inspirasi dengan menulis cerita dari pengalaman saya kepada orang ramai.” Mengimpikan kerjasama antarabangsa bersama Big Sean di masa hadapan, Airliftz kini membuka langkah alfa dengan kerjasama dengan syarikat globalisasi, Adidas -antara pencapaian peribadi tinggi yang digapainya kini.