Hullera
“Hullera” singkatan nama dari “Gilera” iaitu jenama skuter membawa tuah kepada gadis asal Bukit Jelutong apabila bersama Airliftz dan Akid mengeterai kerjasama bersama Adidas Adidas Originals NMD Cypher. Menceritakan kembali bagaimana dirinya berkerjasama dengan Adidas, Hullera mengatakan Airliftz menjemput dirinya untuk menyertai Kempen Cypher ini. “Kerjasama ini merupakan satu penghargaan yang saya hargai, dapat bertemu artis lain melalui platform seni yang sama baris.”
Akui perjalanannya sebagai penyanyi rap apalagi seorang wanita, ia tidak mudah sekali. Rencana kariernya mencabar kerana industri seni hip-hop ini seringkali didominasikan oleh lelaki. Tambah Hullera, perjalanan mencabar ini mengajarnya untuk lebih konsisten dan berdisiplin apabila melaksanakan projek lagu dan ingin terus menyinarkan nama seni – penyanyi rapper wanita Malaysia. Sentiasa di jalan terusan, kerjasama Hullera x Adidas ini memberi inspirasi kepada Gen-Z wanita diluar untuk sentiasa bergerak hadapan tanpa bidasan cabaran.
Mengimpikan kerjasama bersama Hindia pada masa hadapan, Hullera mengatakan seni Hip-Hop kini memberi impak kepada masyarakat di seluruh dunia tidak kira apa generasi yang lintasi. “Khususnya di Malaysia, ia kaya dengan kaum dan budaya yang meriah, memberi peluang kepada kita sebagai penyanyi untuk menyingkap kejadian senario yang sebenar pada lirikan lirik mahupun lenggok gabungan bahasa. Selain Hip-Hop, saya juga menyukai medium lukisan dan menginterupsi jiwa dalam seni @shatistik_ di Intagram.”
Artikel berkaitan: Acer Swift Edge Perincian Komputer Riba Ringan Canggih 2022