Di sebalik gemerlapan lampu pentas, deretan selebriti di barisan hadapan dan koleksi yang mencuri perhatian di atas runway, tersimpan pelbagai momen yang jarang disaksikan umum. Kuala Lumpur Fashion Week 2026 bukan sekadar meraikan kreativiti di pentas peragaan, malah setiap persembahan bermula dengan persiapan rapi yang berlangsung di sebalik tabir.
Sebaik pintu backstage dibuka, suasana bertukar menjadi cukup dinamik. Model bergerak pantas dari satu stesen ke satu stesen, jurusolek dan pendandan rambut menyempurnakan sentuhan terakhir, manakala pereka fesyen serta stylist memastikan setiap helaian busana dan aksesori berada dalam keadaan terbaik. Dalam tempoh yang singkat, setiap individu memainkan peranan penting demi memastikan persembahan berjalan lancar.
Menerusi lensa jurugambar profesional, Bibo Aswan, EH! membawakan sisi eksklusif yang jarang dirakam mata umum. Daripada persiapan model sebelum melangkah ke pentas, detik penuh fokus pasukan glam, hinggalah momen-momen spontan yang menggambarkan kesungguhan team yang terlibat. Setiap foto merakam cerita di sebalik sebuah pertunjukan fesyen yang berjaya.
Walaupun backstage sentiasa dipenuhi kesibukan, suasananya tetap tersusun. Di sinilah semangat kerjasama, disiplin dan profesionalisme setiap kru, model serta pasukan kreatif benar-benar terserlah, menjadikan setiap pertunjukan tampil sempurna di mata penonton.
Momen-momen inilah yang menjadi nadi kepada KLFW 2026. Di sebalik setiap langkah di atas runway dan setiap koleksi yang mendapat tepukan gemuruh, tersimpan usaha tanpa henti daripada insan-insan yang bekerja di belakang tabir.
#EHksklusif kali ini membawakan koleksi foto yang merakam suasana sebenar di sebalik pentas KLFW 2026. Selami detik-detik eksklusif yang hanya dapat disaksikan di EH!
Artikel Berkaitan: Recap KLFW 2026 Day 1





































