Aktres terkenal, Eyka Farhana selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya, pemain bola sepak, Akhyar Rashid hari ini, 2 Mei 2025. Secara #EHksklusif kami sempat mengikut sesi fitting Eyka bersama Teh Firdaus seminggu sebelum acara pernikahannya. Malah kami juga sempat bertanyakan Firdaus beberapa soalan tentang persalinan istimewa ini.
Bilakah Eyka datang bertemu Firdaus?
Pada hujung tahun lalu sekitar bulan Disember. Pada waktu itu stylist, Bids yang bawa Eyka dan Akhyar datang ke butik untuk berbincang dan brainstorming, untuk tahu apa yang Eyka suka, apa yang tak, dan apa look impian dia. Pada hari yang sama ukuran badan diambil walaupun pada waktu itu tiada sebarang lakaran dihasilkan.
Boleh kongsikan apakah inspirasi untuk persalinan pernikahan ini?
berdasarkan apa yang Eyka mahukan, dia taknak persalinan yang terlalu tradisional, dia mahukan sesuatu yang lebih kontemporari. Jadi saya memilih untuk hasilkan dres walaupun secara luarannya seperti ada dua helaian, baju dan kain. Ia ada vibes nusantara dengan penggunaan material French lace, beading, dan nampak structured, memang punya ciri Teh Firdaus brides.
Apakah material yang digunakan untuk menyiapkan persalinan ini?
Saya menggunakan shantung silk untuk dapatkan asas potongan yang structured dan kemas, dan kemudian dilapiskan dengan French lace sepenuhnya. Kemudian kita penuhkan detailing, dan baju ini banyak kerja tangan seperti sulaman.
Berapa lama masa diambil untuk disiapkan?
Lebih kurang sebulan jika dikira dari proses dan progress pembuatannya.
Jika dilihat, statement baju ini terletak pada ekor di bahagian belakang. Boleh ceritakan sedikit tentang rekaan bahagian ini?
Ekor itu kita ceduk motifnya dari French lace yang kita pilih, tapi kita hasilkannya dalam rupa yang lebih bold. Ekor tersebut juga detachable. Kita custom dengan sulaman sepenuhnya dan disempurnakan dengan jahitan beading.
Bagaimana pengalaman bekerja dengan Eyka dan Akhyar?
Bekerja dengan Eyka dan Akhyar sangat senang, kedua-duanya memberikan kepercayaan penuh kepada saya dan Bids. Dan kami memang enjoy siapkan baju mereka, dua kali fitting pun kita dah finalize kesemuanya.
Okey boleh Firdaus kongsikan tip kepada bakal mempelai, apa yang mereka harus lakukan sebelum bertemu dengan designer?
Buat research tentang designer, adakah estatik mereka sesuai dengan apa yang anda nak. Buat sedikit homework dengan membuat moodboard atau cari sedikit inspo yang sesuai dengan konsep majlis perkahwinan anda. Bila bertemu dengan designer ambil masa untuk berbincang dan paling penting anda mesti tahu apa yang anda nak dan percaya kepada designer yang anda pilih.
Seeoloknya seberapa awal seorang pengantin perlu bertemu designer?
Rata-rata designer memang akan ambil masa untuk siapkan kerja mereka, jadi empat atau enam sebelum majlis adalah waktu yang terbaik.
Ucapan Firdaus buat Eyka dan Akhyar?
Buat Eyka dan Akhyar, tahniah di atas penyatuan ini dan terima kasih atas kepercayaan yang diberi.