Allya Syamimi, atau lebih dikenali sebagai Ally, semakin mencuri perhatian ramai menerusi kandungan fesyen dan kecantikan yang dikongsikannya. Dengan cita rasa fesyen yang tersendiri serta keperibadian yang unik dan memikat, Ally berjaya menonjolkan gaya yang tersendiri, segar dan penuh keyakinan dalam setiap penampilannya.
Pasti ramai yang mengenali Ally menerusi video-video yang sering tular di FYP, terutamanya content outfit layering yang menjadi kegemaran ramai wanita muda. Dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu, Ally kini berusia 26 tahun dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam di Jerman.
Namun begitu, perhatian saya lebih tertarik kepada personaliti Ally sendiri. Kejayaannya melanjutkan pelajaran ke luar negara membuktikan kesungguhannya dalam akademik. Cara pertuturannya yang yakin, manis dan ceria menjadikan dia mudah disenangi. Ditambah pula dengan gaya fesyen yang unik dan versatil, tidak hairanlah ramai yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat.
Bukan sahaja bijak dalam pelajaran, Ally juga bijak mengimbangi dunia fesyen dan kecantikan dengan keperibadiannya yang autentik dan menginspirasi.
Describe gaya peribadi Ally
Sejujurnya, saya tak ada satu gaya peribadi yang khusus sebab saya minat hampir semua gaya! Saya tak menghadkan diri bila bercakap tentang fesyen. Saya akan pakai apa saja yang buat saya rasa hot dan cantik. Sebab siapa je tak nak rasa macam tu?
Tapi kalau nak cakap, saya suka dilihat sebagai fierce, bold atau dalam bahasa gen-z, “a baddie” walaupun personaliti saya sebenarnya agak bertentangan dengan imej itu haha. Oh, dan saya memang tak pernah tinggal layering dalam outfit saya!
Siapakah ikon gaya Ally, dan apa yang Ally kagumi tentang fesyen mereka?
Saya tak boleh pilih seorang sebab semua orang bergaya dengan sangat cantik! Saya suka tengok gaya mereka di media sosial seperti TikTok dan Instagram, dan kebanyakan inspirasi saya datang dari situ.
Pernahkah Ally bergelut dengan imej diri atau keyakinan dalam perjalanan gaya Ally?
Ya, pernah! Dulu saya hanya rasa yakin dengan warna gelap dan selalu rasa susah nak pakai warna terang sebab saya fikir ia tak sesuai dengan saya. Saya juga dulu rasa sangat insecure dengan muka bulat dan kaki yang pendek, tapi sekarang tidak lagi!
3 item fesyen yang Ally tak boleh hidup tanpa ia
Cermin mata hitam, but dan aksesori.
Muzik/playlist apa yang menggambarkan diri Ally?
Saya sebenarnya tak begitu dengar muzik. Tapi saya minat semua genre haha. Lagu-lagu upbeat memang pilihan utama sebab ia buat saya rasa bersemangat dan saya suka menari. Saya rasa semua lagu Rihanna buat saya rasa relate, bila dengar je terus rasa macam auto baddie!
Apa satu perkara tentang Ally yang orang tak sangka berdasarkan persona online Ally?
Ramai orang fikir saya tinggi, tapi sebenarnya saya cuma 158cm (shawty).
Minimalis atau maksimalis?
Maksimalis all the way!
Apa yang Ally pakai bila rasa malas di rumah?
T-shirt One Piece dan seluar pijama berjalur saya.
Berapa lama biasanya Ally ambil masa untuk bersiap?
Boleh kata, dua jam! Saya ambil masa yang lama untuk makeup haha.
Apa nasihat Ally kepada seseorang yang nak bereksperimen dengan fesyen tapi takut dinilai?
Buat saja apa yang anda nak! Jangan peduli apa orang lain kata, yang penting adalah diri anda! Lagi banyak anda berpakaian ikut gaya yang anda suka, lagi anda akan belajar untuk mencintai diri sendiri.
Mula-mula mungkin agak susah nak cari gaya yang sesuai, tapi percayalah, anda akan jumpa juga. Proses bereksperimen itulah yang paling seronok! Sepanjang perjalanan itu, anda akan mula nampak kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Terimalah semuanya dan suatu hari nanti anda akan lebih menyayangi diri sendiri daripada sebelumnya 🙂









