Divya, personaliti muda yang menyerlah dalam dunia fesyen dan kecantikan. Berbekalkan latar Farmasi dan minat mendalam terhadap industri ini, setiap kemunculannya memancarkan keyakinan diri dan kreativiti. Bulan ini, kami bertanyakan Divya random question tentang fesyen, termasuk satu trend yang baginya overrated!
Kenali Divya, gadis berusia 24 tahun yang benar-benar mewakili istilah beauty with brains dalam dunia kandungan digital. Baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Farmasi, Divya dalam masa yang sama berjaya mengukuhkan dirinya sebagai pencipta kandungan versatil dengan sentuhan moden dan autentik.
Berasal daripada latar akademik yang kukuh, dia bijak mengadun sisi profesional dengan elemen gaya hidup, kecantikan dan fesyen di media sosial. Gabungan unik ini menjadikan setiap kemunculannya bukan sekadar memikat secara visual, tetapi turut mencerminkan identiti serta keyakinan diri yang tersendiri.
Bagi Divya, fesyen adalah medium ekspresi diri, ada masanya elegan dan digilap, ada masanya pula ringkas dan santai. Pendekatan versatil inilah yang mendekatkannya dengan pelbagai audiens, sekali gus menampilkan keseimbangan sempurna antara intelek dan kreativiti.
Pertama kali saya bertemu Divya, pesonanya terus terasa. Senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir, ditambah dengan aura elegan yang semula jadi, menjadikan dirinya benar-benar menyerlah sebagai seorang wanita muda yang penuh keyakinan.
Describe gaya peribadi Divya
Saya menggambarkan gaya saya sebagai moden dan serba boleh, kadangkala chic dan kemas. Tetapi kebanyakan hari saya lebih suka berpakaian santai dan selesa.
Siapakah ikon fesyen anda, dan apa yang anda kagumi tentang fesyen mereka?
Saya suka Hailey Bieber. Dia ada aura “cool girl” yang effortless, nampak natural tapi dalam masa sama tetap bergaya. Saya juga suka cara dia menggabungkan streetwear dengan item chic!
Pernahkah anda bergelut dengan imej diri atau keyakinan dalam perjalanan gaya anda?
Sudah tentu! Ada masa saya ragu-ragu dengan pilihan pakaian atau rasa tertekan untuk ikut trend tertentu. Tapi lama-kelamaan, saya belajar bahawa keyakinan datang daripada memakai apa yang saya rasa sesuai dengan diri saya, bukan apa yang orang lain harapkan.
3 item fesyen yang saya tak boleh hidup tanpa ia
Seluar Jean longgar, kasut sneakers yang selesa, beg tangan kecil.
Satu trend yang anda rasa overrated, dan satu yang patut diberi lebih perhatian?
Overrated: Sebenarnya, saya rasa tak ada trend yang betul-betul overrated. Asalkan orang gembira dengan apa yang mereka pakai, itu yang paling penting.
Perlu lebih perhatian: Skinny jeans. Saya rasa ia sedang membuat “comeback” sekarang.
Muzik/playlist yang paling menggambarkan diri anda
Saya suka afrobeats. Mood saya terus naik bila dengar, rentaknya rancak, menyeronokkan, dan buat saya rasa nak menari.
Satu perkara tentang anda yang orang tak jangka berdasarkan kehadiran anda di media sosial?
Orang mungkin tak sangka saya sebenarnya seorang introvert! Mungkin sebab saya sering pergi ke events yang perlukan banyak pergaulan, tapi hakikatnya saya perlukan masa bersendirian untuk “recharge”. Kalau tak, social battery saya memang cepat habis.
Minimalis atau Maksimalis?
Minimalis.
Apa yang anda pakai bila malas di rumah?
T-shirt longgar dan seluar pendek.
Nasihat kepada seseorang yang nak bereksperimen dengan fesyen tetapi takut dengan penilaian orang?
Pakai apa yang anda suka, bukan apa yang anda fikir orang lain harapkan. Fesyen sepatutnya menyeronokkan dan jadi ruang ekspresi diri!
Baca: