Faeiz Zerr, hos yang membawa nafas baru dalam dunia kandungan digital dengan gabungan budaya, bahasa, dan gaya yang tersendiri. Faeiz dikenali bukan saja sebagai personaliti media, tetapi juga figura yang dinamik dan serba boleh. Dengan kefasihan dalam berbilang bahasa termasuk Cina, dia mampu menembusi pelbagai komuniti dan menjadikan komunikasi lintas budaya sesuatu yang mudah dan mesra. Tambah pula dengan sense of style yang menarik dan autentik, Faeiz tak hanya menyampaikan kandungan yang inklusif dan berkesan, dia juga melakukannya dengan penuh keyakinan dan aura tersendiri.
Faeiz Zerr, hos dan personaliti digital yang membawakan sentuhan segar dalam dunia komunikasi dan gaya. Berasal dari Pulau Pinang dan berdarah campuran Melayu serta Cina-Thai, Faeiz fasih dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Cina. Latar belakangnya membentuk pandangan yang unik terhadap identiti dan ekspresi diri, menjadikan setiap kemunculannya penuh yakin dan autentik.
Faeiz merupakan graduan Diploma Komunikasi Massa dari Kolej Universiti Han Chiang, tempat di mana minatnya terhadap media dan penyiaran semakin berkembang. Bermula dalam industri perhubungan awam, Faeiz kemudian beralih ke dunia kreatif dan sejak 2020 aktif sebagai hos sepenuh masa, sama ada di atas pentas, dalam siaran digital, atau di balik kempen jenama.
Dalam dunia fesyen pula, Faeiz dikenali dengan gaya yang berani, versatil dan mencerminkan identitinya sebagai individu berdarah campuran. Dia tidak takut mencuba padanan yang unik, setiap penampilannya mencerminkan keyakinan diri, kreativiti dan kepekaan terhadap gaya semasa, menjadikan fesyen satu bentuk ekspresi peribadi yang autentik.




Describe gaya peribadi anda.
Gaya peribadi saya mengamalkan falsafah “less is more“. Saya gemar memadankan pakaian sedia ada dalam almari untuk mencipta gaya baharu yang segar dan santai. Namun begitu, saya tidak takut untuk tampil lebih menonjol apabila berada di atas pentas.
Di luar waktu kerja? Saya lebih cenderung kepada keanggunan gaya “old money”,bersih, klasik dan penuh keyakinan dalam kesederhanaan.
Siapa ikon gaya anda, dan apa yang anda kagumi tentang fesyen mereka?
Awal Ashaari dan Scha Alyahya memang ikon gaya saya. Menonton Abang Awal di kaca TV adalah salah satu sebab utama saya bercita-cita untuk menjadi hos. Penampilannya, karismanya, dan gaya yang kemas benar-benar meninggalkan kesan.
Bagi Scha pula, apa lagi yang boleh saya katakan? Dia adalah lambang fesyen yang tampak mudah tetapi sempurna. Setiap gayanya sentiasa tepat dan bergaya, malah sentiasa mendahului trend. Gabungan mereka berdua sangat serasi, gaya mereka sentiasa nampak effortless, seiring, dan sangat memberi inspirasi.
Pernahkah anda bergelut dengan imej diri atau keyakinan dalam perjalanan gaya anda?
Ya, pernah. Terutamanya hidup dalam dunia yang dikuasai media sosial. Perbandingan secara peribadi memang berlaku, dan ia pernah memberi kesan kepada saya.
Pada awal usia 20-an, saya takut untuk bereksperimen dengan fesyen. Tapi sekarang, dengan pelbagai sumber dalam talian dan kawan-kawan yang berani bergaya, saya rasa lebih terinspirasi dan yakin untuk mencuba juga.
Sebagai seorang hos, apa yang anda pertimbangkan semasa memilih outfit untuk mengacarakan sesuatu acara?
Sebagai hos, memilih outfit bukan sekadar untuk kelihatan cantik, tetapi juga untuk mencapai keseimbangan yang sempurna antara keselesaan, kesesuaian, dan impak kehadiran.
Tiga item fesyen yang anda tak boleh hidup tanpa ia?
Tiga item fesyen yang saya tak boleh hidup tanpa ia ialah cermin mata hitam, singlet plain dan beg silang hitam saya.
Trend yang anda rasa overrated, dan satu yang patut lebih dihargai?
Yang patut diberi lebih perhatian? A good fit. Serius, potongan yang tepat boleh mengubah segalanya. Singlet kosong atau t-shirt biasa pun boleh nampak mahal kalau sesuai dengan diri. Saya akan pilih pakaian yang fit dengan baik berbanding yang hanya ikut trend.
Trend yang overrated? Memakai sesuatu hanya kerana ia viral. Trend datang dan pergi, tapi bukan semuanya sesuai untuk semua orang.




Senarai lagu atau playlist yang menggambarkan diri anda?
Playlist yang menggambarkan saya? Ia bergantung pada mood. Bila hari santai, saya suka dengar R&B era 2000-an, tenang, nostalgik dan penuh gaya.
Tapi bila saya perlukan suntikan tenaga, terutamanya sebelum persembahan? Terus ke EDM atau pop era 2010-an, memang menyuntik semangat dan buat saya bersedia sepenuhnya.
Apa satu perkara tentang diri anda yang orang tidak akan jangka berdasarkan kehadiran anda di media sosial?
Saya seorang yang sangat pembersih. Saya hanya boleh berfungsi dengan baik apabila persekitaran saya kemas dan teratur. Tempat yang berselerak boleh buat saya rasa tertekan. Saya tak boleh mulakan hari dengan baik selagi katil tak dikemas dan semuanya tak berada di tempat sepatutnya.
Saya sangat menjaga kebersihan, sama ada bilik, meja kerja, atau galeri telefon saya (ya, saya selalu padam screenshot yang tak diperlukan!)
Nasihat kepada seseorang yang mahu bereksperimen dengan fesyen tetapi takut akan penilaian orang?
Lakukan saja. Now or never. Fesyen sepatutnya menyeronokkan dan bersifat ekspresif. Semasa mencuba gaya baharu, jadilah seorang yang peka. Menghargai budaya itu indah, tapi jangan sampai meniru secara tidak sensitif. Fesyen mampu menyatukan kita, tapi hanya apabila dilakukan dengan pemahaman.