Kunjungan ke Manila untuk previu koleksi musim luruh/dingin H&M baru-baru ini menemukan kami dengan ramai bintang fesyen Asia Tenggara termasuk aktor dari Korea Selatan, Jun Jin Young.
Di kesempatan itu kami sempat bertanyakan tiga soalan ringkas bersama Catriona Gray, Miss Universe 2018, Mika Salamanca (penyanyi dan pelakon) termasuklah Jun Jin Young.

EH! : Biasanya berapa lama masa diambil untuk bersiap ke mana-mana majlis?
Jin Young: Lebih kurang satu jam mencukupi untuk saya. Biasanya saya dah memilih apa yang mahu dipakai sehari lebih awal, jadi saya boleh bersiap tanpa perlu tergesa-gesa.
Catriona Gray: Untuk bersiap ke acara biasanya saya perlukan satu jam ke satu jam setengah kerana saya selalu bersolek sendiri, ambil masa untuk bersiap sambil melayan muzik.
Mika Salamanca: Lebih kurang 30 minit ke satu jam kerana saya suka ambil sedikit masa untuk bersolek, tapi tak keterlaluan.

EH!: Biasanya bila bersiap, apakah jenis muzik yang kamu mainkan?
Jin Young: Saya sukakan lagu balada R&B terutamanya lagu yang saya rancangan mahu nyanyikan di sesi bertemu peminat. Saya mahu bersedia dengan lagu-lagu yang menarik untuk mereka.
Catriona Gray: Saya memang sukakan album Renaissance oleh Beyonce. Lagu-lagu dari album itu membuatkan saya berada dalam mood yang baik, memberikan saya tenaga untuk get out and go out!
Mika Salamanca: Saya sukakan muzik pop seperti Sabrina Carpenter dan Ariana Grande, kerana muzik sebegini menaikkan mood dan memberi saya energi.

EH!: Apakah trend fesyen yang kamu mahu lihat di tahun hadapan?
Jin Young: Stail yang mudah untuk disuai padan. Memandangkan kita hidup dengan rutin yang sibuk, saya mahu lebih banyak pilihan yang akan menjimatkan masa kala kita bersiap.
Catriona Gray: Saya mahukan sesuatu yang bermain dengan proportion, mungkin lengan dan seluar oversized, sesuatu yang nampak playful and fun.
Mika Salamanca: Saya harap tahun hadapan akan lebih banyak koleksi yang berwarna, sesuatu yang lebih berwarna-warni.
BACA: Bintang Fesyen Asia Tenggara Hangatkan Previu H&M Luruh/Dingin 2025 di Manila