Baru berusia 18 tahun, Malika semakin menjadi perhatian melalui content bersama kakak-kakaknya, Johan Sisters. Tetapi bagi saya, pesonanya terserlah melalui cita rasa fesyen dan keperibadiannya yang unik.
Mungkin ramai yang mengenali Malika melalui video yang pernah sering tular di FYP bersama kakak-kakaknya, Rasyiqah dan Triseya, di mana mereka dikenali sebagai Johan Sisters. Saya suka melihat hubungan rapat antara adik-beradik ini — masing-masing mempunyai karakter tersendiri yang membuatkan mereka istimewa.
Namun, perhatian saya lebih tertumpu kepada personaliti Malika sendiri. Walaupun baru sahaja menamatkan alam persekolahan, dia sudah menonjol dengan pelbagai kelebihan yang menarik untuk diterokai satu persatu. Gaya fesyennya turut menjadi antara tarikan utama yang membuatkan ramai ingin mengenalinya dengan lebih dekat.
Bukan sahaja pandai bergaya dalam dunia fesyen dan kecantikan, Malika juga memiliki bakat semula jadi dalam seni— melukis, menggubah bunga, membuat sulaman (embroidery), serta kreatif dalam mengedit kandungannya. Inilah yang membuat saya tertarik dengan personalitinya, kerana bagi saya, tidak semua orang mampu menonjol dengan cara yang begitu autentik dan kreatif.
gamba
Describe gaya peribadi Malika
Gaya saya adalah vintage modern. Saya suka warna-warna gelap, tetapi saya juga tidak menolak warna-warna cerah. Personaliti saya tidak terlalu “feminin”, jadi saya suka menonjolkan sisi feminin saya melalui gaya berpakaian.
Siapakah ikon gaya Malika, dan apa yang anda kagumi tentang fesyen mereka?
Audrey Hepburn. Gaya beliau sangat abadi — boleh diwariskan dari generasi ke generasi. Ia lestari, elegan dan tidak akan pernah lapuk ditelan zaman.
Adakah Malika pernah bergelut dengan imej diri atau keyakinan dalam perjalanan gaya Malika?
Ya. Saya membesar sebagai seorang tomboy, atau sekurang-kurangnya itu label yang orang berikan kepada saya. Saya memang lebih ke arah gaya dan tingkah yang maskulin dalam semua hal. Tetapi bila saya semakin dewasa, saya mula menyukai solekan dan bereksperimen dengan gaya berpakaian. Ia agak sukar untuk saya berubah kerana dulu saya sering mengusik adik-beradik perempuan saya yang memakai solekan dan gaun — jadi saya rasa malu untuk mengaku bahawa sebenarnya saya pun menyukainya.
3 item fesyen yang Malika tak boleh hidup tanpanya
Jam tangan, anting-anting berlian, dan black pantyhose.
Satu trend yang Malika rasa terlalu overrated, dan satu yang patut diberi lebih perhatian:
Ini agak khusus — kasut kotor Golden Goose terlalu overrated. Satu trend yang patut diberi lebih perhatian ialah memakai kasut tumit tinggi dengan apa sahaja pakaian (kecuali bila bersukan, of course).
Muzik atau playlist yang menggambarkan diri Malika
Saya suka muzik jazz dan lagu-lagu lama — terima kasih kepada ibu saya yang memperkenalkan muzik lama sejak saya kecil.
Satu perkara tentang diri Malika yang orang tak sangka berdasarkan kehadiran dalam talian:
Dalam media sosial, saya kelihatan sangat feminin, tapi sebenarnya salah satu hobi kegemaran saya ialah tinju dan Muay Thai. Saya juga pernah aktif bertanding dalam taekwondo — berhenti pada peringkat tali pinggang merah. Sekarang saya buat Muay Thai sekadar hobi.
Minimalis atau maksimalis:
Tak boleh pilih — kedua-duanya.
Apa yang Malika pakai bila malas di rumah:
Pijama, tapi kalau dah habis, saya cuma pakai t-shirt dan pakaian dalam saja (nasib baik saya tinggal dalam rumah yang semua perempuan — termasuk kucing pun perempuan haha), jadi tiada rasa malu di situ.
Berapa lama biasanya Malika ambil masa untuk bersiap keluar:
Kalau saya ada 3 jam untuk bersiap, saya akan ambil 3 jam. Kalau ada 5 jam, saya akan ambil 5 jam juga.
Baca: