Teks : Muzammin Muzlan
Koleksi Métiers d’Art 2017/2018 Paris-Hamburg ini akan dipamerkan di tingkap butik ephemeral Chanel di Suria KLCC bermula minggu ini.
Ingin tahu apa yang menarik tentang kecantikan, fesyen, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi? Sign up for our newsletter.
Teks : Muzammin Muzlan
Koleksi Métiers d’Art 2017/2018 Paris-Hamburg ini akan dipamerkan di tingkap butik ephemeral Chanel di Suria KLCC bermula minggu ini.
Tahukah anda Pengarah Kreatif Chanel, Karl Lagerfeld dilahirkan di Hamburg, Jerman? Kota pelabuhan utama Eropah itu lantas dipilih sebagai lokasi pementasan Koleksi Métiers d’Art 2017/2018 Paris-Hamburg untuk musim pra-luruh tahun ini.
Bermula minggu ini, peminat Chanel dapat menyaksikan lebih dekat salah satu rekaan daripada koleksi ini secara eksklusif. EH! juga mendapat liputan eksklusif disebalik pembikinan Look 83 yang akan dipamerkan di tingkap butik ephemeral Chanel di Suria KLCC.
Ketika dipentaskan di Hamburg, model Faretta melangkah menggayakan gaun organza putih dengan perincian bulu pelepah dan sulaman tocang yang memperlihatkan ia seolah-olah seperti jaluran putih biru. Perincian batu dan jemeki juga menghiasi kolar, lengan, poket dan hujung gaun membiaskan seni kemewahan. Look ini disempurnakan dengan beg kepit suede, topi oleh Maison Michel dan kasut tumit ton monokrom oleh Massaro.
Input your search keywords and press Enter.