COS kembali dengan barisan baru dedikasi musim luruh/sejuk 2020 yang diperkaya dengan bahan-bahan sustainable. Aspek minimal bergabung siluet moden, dihasilkan dengan teknik inovatif dan ketradisionalan, mencipta rekaan yang berkualiti. Tahan lama. Untuk dipakai sampai bila-bila.
Terdiri daripada palet warna neutral, krim, kelabu, diperkasakan lagi dengan barisan warna ‘bold’ seperti biru elektrik, oren hangat, dan hijau pokok pine. Memberi opsyen gaya yang bervariasi.
‘Tailored pieces’ turut dimuatkan dalam koleksi musim ini, melalui rangkaian jaket yang dipadankan dengan skirt labuh sebagai cadangan stail ideal buat wanita moden.
Butiran penting seperti potongan kolar tidak seimbang untuk mempamerkan kelainan yang tidak dijangka. COS sentiasa membina inspirasi menerusi citra gaya minimal dan potongan unik yang memaut hebat dalam koleksi musim ini. ‘Unexpected twist’- menunjukkan keberanian COS menginovasi format pakaian para wanita. It’s time for a refresh wardrobe.
Dengan fokus pada ‘sustainbility’, himpunan musim dingin 2020 menggunakan fabrik mesra alam yang menggalakkan ‘reusing’, penggunaan semula dan kitar semula. Material diperbuat daripada bahan buangan dari lautan, dan teknik lipatan sisa sifar diterapkan pada rangkaian beg kulit. Bahan nilon kitar semula turut digunakan dalam pembuatan beg mini, sementara kasut but direka menggunakan bahan kulit bebas kromium dalam pemprosesan. Aksesori pula mengandungi perak dan mineral kuaza yang dikitar semula. Menyahut hebat kelestarian alam dalam fesyen.
Artikel berkaitan: 5 Beg Ini Adalah Sambaran Gadis Media Sosial