EMMA CHAMBERLAIN DAN CHARLI D’AMELIO TAMPIL DALAM KEMPEN FESYEN LV SQUAD DAN LV SUNSET UNTUK LOUIS VUITTON. SHOES FOR BESTIES!
Rumah fesyen Louis Vuitton menjemput Emma Chamberlain dan influencer fesyen, Charli D’Amelio untuk menghiasi kempen baru LV Squad dan LV Sunset yang menjalani penggambaran di Los Angeles.
Sniker ikonik baru LV Squad dan LV Sunset, diperagakan beberapa musim lalu untuk koleksi pra-musim luruh 2021, satu koleksi yang menggambarkan semangat Nicolas Ghesquiere yang dinamik. Palet warna asas bercampur dengan sifat feminin serta serangkaian elemen yang semarak terbentuk sebagai aksen utama.
Terlihat sebagai aksesori wajib miliki musim ini, LV Squad menawarkan gaya kontemporari yang mudah dan nyaman kala dipakai. Tampak santai, namun menonjolkan aspek kesukanan dengan sol getah putih yang berganda saiznya, rekaan tersebut disesuaikan dengan penampilan golongan muda masa kini. LV Squad hadir dalam reka bentuk tinggi atau rendah dalam pilihan warna bertenaga. Menyimbolkan identiti generasi Gen-Z yang meraikan kepelbagaian dalam kehidupan seharian mereka.
Rekaan sniker LV Squad pula hadir dalam versi ‘high-top’ rona hitam, dan kombinasi warna lain seperti merah jambu atau ‘high-top’ putih, lantas menonjolkan cetakan identiti gaya Louis Vuitton pada material kanvas.
Reka bentuk yang ketiga dalam kanvas putih dan material kulit dilengkapi label getah berwarna-menandai identiti gaya Louis Vuitton yang baru. Pilihan warna yang disesuaikan dengan padanan sniker multi rona nyata memikat, seperti tali kasut rona biru, hijau atau merah jambu. Menyuntik rasa seronok jika memakainya bersama teman atau skuad kala ‘hangout’ bersama #squadgoals.
Sniker LV Sunset direka selaras dengan kecirian utama yang berdaya kreatif, seperti taruhan warna beragam-ungu, hijau, biru, hitam dan putih. Diperbuat daripada material kulit anak lembu dengan anatomi kaki yang sempurna. LV Sunset terarah sukan, bereka bentuk chunky dan terjamin selesa kerana ia dilengkapi tali Velcro yang empuk. Cukup selesa dan bergaya pabila menyarungnya tanpa batasan.
Sama seperti LV Squad, label getah Vuitton turut ditampilkan pada permukaan kasut-memberi kesan tegas pada sniker, secara tak langsung memberi impak pada gaya.
#LouisVuitton
Artikel berkaitan: Onitsuka Tiger Musim Luruh/Dingin 2021, Menginovasikan Fesyen dan Sukan