Kaca mata hitam adalah trik gaya yang membuatkan penampilan tampak lebih chic dan eksklusif. Tidak hairan mengapa ramai beranggapan cermin mata hitam adalah helah untuk instant glamour!
Kaca mata hitam bukanlah sekadar aksesori pelengkap tapi sebenarnya ia juga ada fungsi baiknya kepada gaya hidup. Selain melindgi mata dari terik matahari, ia juga melindungi kulit sekitar mata yang pantas menunjukan tanda penuaan andai tidak dilindungi dengan baik. Bayngakan ana berada di tengah panas tanpa Cahaya mata hitam, mata mengerdip dna akhirnya kulit di sekitar mata akan mempunyai garis-garis halus yang lama-lama menjadi kedut yang dalam. EH! pilihkan empat gaya kaca mata hitam bersesuaian dengan cita rasa juga aktiviti anda.
Gaya Klasik
Buat anda yang lebih senang dengan gaya malar segar yang tidak terlalu mengikut arus trend, gayakan kaca mata dalam rekaan klasik, yang tampak sleek dalam ton warna yang selamat seperti hitam. Gayanya mungkin tidak terlalu menjerit tapi masih nampak stylish. Gaya aviator atau wayfarer sesuai untuk semua acara.
Gaya Chic
Bagi anda yang berani mencuba satu-satu trend terbaru, ini adalah pilihan terbaik. Cermin mata dengan bingkai sofistikated juga warna cermin yang lari dari kebiasaan adalah pilihan tepat untuk anda yang mahu tampak berbeza dengan orang lain. Padankan dengan helaian yang anda sarungkan untuk memercik gaya yang lebih yakin dan chic.
Rahsia Lentikkan Bulu Mata Dengan Pengering Rambut
Gaya Lasak
Bagi anda yang aktif dengan aktiviti lasak seperti mendaki gunung atau bermain ski, ada cermin mata khusus untuk anda. Kaca mata untuk aktiviti lasak bukan sekadar harus selesa tapi mestilah seiring dengan praktikalitinya.
Gaya Mencuri Tumpuan
Helaian yang disarung akan lebih menonjol jika anda bijak menyuaipadankannya dengan aksesori. Kaca mata hitam adalah trik untuk instant glamour, dan untuk anda yang suka menggayakan cermin mata hitam kala ke parti gayakan cermin mata dengan bingkai yang tampil berbeza dari biasa.