Logo dan kempen mega yang dibintangi figura tersohor menjadi pembuka era baru Hugo Boss.
Hugo Boss, bukan satu jenama asing, zaman bertukar zaman, namun jenama ini kekal menjadi beridir sebaris jenama fesyen lain. Namun kebertahanan itu bukanlah satu imuniti buat jenama ini bersenang-lenang. Menyedari arus zaman yang pantas berubah, Hugo Boss juga mahu menyuntik nadi baharu, secara tidak langsung mencetus revolusi baharu bagi dua rangkaian utamanya, Boss dan Hugo.
Sebagai pemula bagi pembaharuan ini, logo bagi Boss dan Hugo mendapat sentuhan yang lebih segar. Ilham logo baru bagi dua jenama ini tampil lebih segar seiring dengan perubahan dan sasaran pembeli Boss dan Hugo. Malah Hugo sendiri sudah lama tidak menukar logonya, kali terakhir adalah pada awal tahun 1990-an.
Secara amnya, penampilan Boss dilihat lebih segar dan ‘muda’, baik dari segi rekaan pakaian, aksesori dan konsep stor yang bersifat lebih energetik dan playful, menyeragamkan estatiknya namun masih mempunyai objektif asal jenama ini.
Kempen #BEYOURWONBOSS
#BeYourOwnBOSS menjada tanda pagar bagi kempen terkini Boss, dan kempen ini dilancar besar-besaran dan dibintangi oleh individu terkenal dunia, merangkumi bintang media sosial, model dan juga ahli sukan.
Antara wajah yang menjadi suntingan Boss ialah model Kendall Jenner, Hailey Bieber, dan Joan Smalls, oenyanyi rap terkenal Future, bintang TikTok, Khaby Lame, aktor Korea Selatan terkenal, Lee Min-ho, juga peninju British Anthony Joshua, pemain tenis Itali, Matteo Berrettini, serta pelari Jerman, Alica Schmidt.
Ketua Pengurus Eksekutif Hugo Boss, Daniel Grieder mengharapkan pembaharuan besar-besaran ini akan menjadikan Boss sebagai antara 100 jenama fesyen pilihan seluruh dunia dalam waktu terdekat. Hugo Boss juga menyasarkan kepada pembeli yang lebih muda. “Kita sedang melangkah masuk ke era baharu Hugo Boss,” kongsinya.
Baca: Uniqlo U Musim Bunga 2022, Menyatukan Fleksibiliti & Ilham Malar Segar