Jenama aksesori mewah Diamond & Platinum, bersinar dengan kilauan dan kemewahan Estrella Diamond. EH! kongsikan seleksi berlian semulajadi mewah, suntikan gaya peribadi anda untuk tahun baru ini.
Serlahkan diri sempena tahun baru ini dengan menaik taraf stail perhiasan harian anda. Diamond & Platinum, jenama barang mewah yang diasaskan sejak tahun 1999 cukup dikenali dengan kualiti batu berlian semulajadi tahap tertinggi. Setiap rekaannya dihasilkan dengan teliti oleh sekumpulan ahli pereka barang kemas dan gemologi.
Sesuai juga dijadikan sebagai bingkisan eksklusif buat yang tersayang, koleksi Estrella Diamond ini ialah rekaan statement untuk mentakrifkan semula intipati kemewahan. Ia juga pusaka sempurna yang boleh diwarisi generasi akan datang, menjadikannya antara perhiasan terbaik untuk dipakai tahun ini. Estrella Diamond mempunyai beberapa koleksi terunggul seperti Estrella Valiente dan Estrella Del Sol. Merangkumkan semangat transformasi, kedua-dua koleksi itu memancarkan kecemerlangannya sendiri.
Menggunakan Estrella Diamond, berlian jarang ditemui ini mempunyai potongan paling sempurna dengan lapan hati dan anak panah simetri. Bukan itu sahaja, jenama ini memiliki penggredan prestasi cahaya tertinggi dan terbukti pada dwi pensijilan. Ini bermakna, anda akan cantik berkilauan ke mana sahaja anda pergi dan membuatkan pemilik berasa elegan dan glamor apabila digayakan.
Estrella Valiente, glamor lagi mewah
Koleksi Estrella Valiente ini rasanya cukup sesuai buat wanita yang sukakan sesuatu yang punya statement, buat wanita yang senang dengan rekaan yang lebih bold namun masih ada sisi elegannya. Jika sekadar memakai satu gelang ini sahaja sudah cukup mencerminkan imej glamor dan mewah.
Perhiasan utama dalam koleksi itu termasuk anting-anting, cincin dan gelang yang boleh digayakan untuk sebarang majlis. Sesuai untuk mereka yang memerlukan keyakinan dan semangat perjuangan, sentuhan magis dan lelaran yang menakjubkan dalam koleksi itu lebih daripada sekadar barang kemas, ia adalah satu kenyataan untuk mengekspresikan diri anda. Ketukangannya yang cukup indah menyemai desain timeless dan cukup sofistikated.
Keanggunan Estrella Del Sol
Sebuah koleksi perhiasan yang indah dengan reka bentuk menawan, koleksi Estrella Del Sol adalah salah satu koleksi utama jenama itu. Nama koleksi ini bermakna “Star of The Sun” di dalam bahasa Sepanyol, desain yang berpandukan pada kilauan serta kemegahan sinar matahari. Sesuai untuk mereka yang menyukai kosmos, inti koleksi ini terletak pada tanggapan bahawa cahaya akan membimbing anda ke mana sahaja anda pergi. Hadir dengan cincin, loket dan anting-anting, koleksi ini menampilkan rekaannya cukup unik dan tersendiri, menjadikan aksesori ini ada ‘jiwanya’ yang membuatkan ia sebagai satu pelaburan gaya yang amat berbaloi.
Lambang berlian unggul terletak pada keupayaannya untuk meningkatkan gaya individu seseorang, dan Estrella Diamond merangkumi intipati itu dengan tepat. Sama ada bertujuan sebagai hadiah untuk orang yang dihargai atau kepuasan peribadi, siri Estrella Valiente dan Estrella De Sol daripada Estrella Diamond menawarkan pilihan yang komprehensif untuk memulakan perjalanan yang segar dan indah. Dengan dua dekad kecemerlangan dalam himpunannya, sudah pasti anda boleh mempercayai Diamond & Platinum.
Bagi sebarang tempahan, janji temu atau pertanyaan boleh layari diamondnplatinum.com
Kunjungi butik konsep terbaru Diamond & Platinum di IOI City Mall, Putrajaya.
Baca: Liberte, Koleksi Elegan Malar Segar Diamond & Platinum