Taylor Swift buat kejutan lagi! Taylor mengumumkan tajuk album baru “Evermore” yang akan dilancarkan esok. Lima bulan selepas mengeluarkan “Folklore”, Taylor memberitahu album “Evermore” dianggap sebagai ‘sister record’. Mengandungi 17 trak lagu baharu. Dan menampilkan HAIM, The National dan Bon Iver sebagai rakan duet. And we are shaking! We are not even ready yet!
Difahamkan, konsep album “Evermore” mengekalkan citra yang sama seperti “Folkore”. Ia ibarat “Folklore” bahagian kedua. Lagu-lagu yang menyenangkan halwa pendengaran. Nampaknya, Taylor amat menyenangi konsep album tersebut. Mungkin ia dekat dengan hatinya dan sudah ‘berjumpa’ identiti sebenarnya sepanjang menghasilkan album ini.
Sempena pelancaran album “Evermore”, Taylor ada berkongsi imej kulit hadapan album tersebut, yang mana memperlihatkan kesinambungan dari album “Folklore”. Kekal dengan imej ‘modern country’ dan teknik penataan yang sama. ‘Mood’ masih sama.
Khas untuk ‘cover’, Taylor memilih kot Stella McCartney bercorak kotak-kotak ilham musim bunga/panas 2020. Rona jingga, merah dan hitam berpadu membentuk satu kot plaid yang melambangkan estetik atau nada gaya klasik. Atau dinamakan #CottageCore. Lantaran itu, ia mendasari pemilihan Taylor sebagai rakan kolaborasi Stella sejak era album “Lover” lagi.
Keserasian Taylor dengan Stella ternyata diperkukuhkan lagi dengan kerjasama berlanjutan sampai sekarang. Lalu bersemi kepada cerminan imej Taylor yang bisa mempersonifikasikan konsep romantisisme. Untuk video muzik single pertama “Willow”, Taylor ada berkongsi post, sebagai teaser, menyarung gaun renda ciptaan Zimmermann dengan padanan gaya rambut bercekak hiasan mutiara.
Artikel berkaitan: Noah Cyrus Bintang Baru Dalam Pembikinan