Gucci terus-terusan jadi label paling cool. Banyak perubahan yang disuntik untuk meletakkan jenama ini sebagai satu dambaan utama ramai orang. Pastinya selebriti juga menjadi medium penting untuk mempromosikan jenama ini. EH! mahu kongsi OOTD Gucci yang digayakan oleh selebriti global!
Chloe East, bintang baru HBO menyarungkan gaun tulle merah jambu ke acara premier drama baru Generation. Bagi meberi impak gaya, penata gaya East yakni molly Dickson menggabungkan skirt feminin bersama top harness yang bersifat BDSM.
Tidak pernah kalah dalam persalinan rona pop! Itu yang dijadikan tunjang gaya Zaya Wade apabila memilih persalinan jaket dan selaur rona hijau epal dan dipadukan bersama baju kait ungu. Mencabar palet semulajadi, dia pilih stokin kuning dengan berbalas kasut hitam horsebit yang cukup feminin melengkapkan OOTD Gucci.
Model terkenal asal China juga antara bintang pertama yang punya imej OOTD Gucci dengan koleksi Ken Scott. Corak bunga yang cukup popular pada era 70-an dan 60-an itu diangkat semula oleh Gucci. Gaya daripada Gucci Epilogue yang digayakan oleh He Sui ini mempunyai sensasi vintajnya.
Pengacara dan pelakon baru di China bernama Wang Anyu pula memilih koleksi Gucci Denim yang baharu dilancarkan awal tahun ini. Nampak cukup kasual apabila dipadankan bersama baju-T kosong putih bersama celana hitam.
Pautan Berkenaan: Denim, Olahan Segar Dior Untuk Musim Bunga 2021