Perkahwinan Dua Lipa dan aktor Callum Turner menjadi buah mulut peminat bulan ini. Bermula dengan majlis pendaftaran perkahwinan di London, kemudian ke parti di Polermo sampailah ke acara rasmi yang berlangsung di Sicily, Itali.
Untuk upacara pendaftaran perkahwinan yang berlangsung di Old Marylebone Town Hall, pelantun lagu ‘Levitating’ itu menggayakan busana Schiaparelli Couture rekaan Daniel Roseberry. Manakala untuk majlis di Palermo, dia menggayakan gaun putih Bottega Veneta. Dan untuk acara kemuncak, Dua Lipa memilih Chanel. Ini perkara menarik tentang busana ikonik ini.
1- Gaun putih Chanel Haute Couture Dua Lipa ini adalah busana perkahwinan pertama yang direka oleh pengarah kreatif Chanel, Matthieu Blazy untuk friends of Chanel. Dua Lipa adalah wajah rasmi bagi kempen tas tangan Chanel 25.
2- Proses menyiapkan busana perkahwinan ini berlangsung di 31, Rue Cambon di Paris yang dianggap sebagai ‘jantung’ kepada rumah fesyen ini.
3- Beberapa rumah seni jahitan (Maisons d’art’) mengambil bahagian dalam menyiapkan busana ini.
4- Busana ini diperindah dengan 480 ribu manik yang dijahit tangan, dan disempurnakan oleh Atelier Montex.
5- Lesage juga menyumbang khidmat dalam menyiapkan busana ini yang mana 1,155 jam diperlukan untuk menyempurnakan jahitan.
6- Gaun leret dengan ekor sepanjang dua meter ini juga lebih ekstravaganza dengan penggunaan 25 ribu bulu dari Lemarié.

7- Untuk layah atau veil pula, Matthieu Blazy menyiapkan enam meter layah menggunakan material tulle. Layah ini juga dihiasi dengan manik dan bulu yang dijahit tangan. Untuk menjadikan layah ini lebih menarik, Matthieu Blazy manambah cebisan organza yang dipotong tangan, dijahit sebagai perincian tambahan.
8- Untuk melengkapkan penampilannya, Dua Lipa menyarung kasut yang dibuat khusus oleh Massaro.
9- Sebagai pelengkap kepada penampilannya, Dua Lipa menggayakan Bulgari High Jewelry yang menurut khabar, nilainya mencecah RM8 juta.
10- Suami Dua Lipa, yang juga merupakan aktor, Callum Turner menyarung tuksedo daripada Louis Vuitton.


