Platform e-dagang popular di Asia Tenggara yang menghimpunkan koleksi lengkap pakaian wanita, FashionValet menjadi penghormatan buat mereka dengan mengalu-alukan kedatangan koleksi penyanyi Indonesia, Afgansyah Reza.
Jenama ini diasaskan pada Jun 2015. Nama ‘Arez’ diambil dari nama penyanyi tersebut untuk melambangkan dedikasi dan bahagian dalam hidup, perasaan, idea dan perhatian terhadap peminat yang sentiasa setia menyokong kariernya selama ini memberi fokus kepada penghasilan barangan yang unik dan berkualiti tinggi bermula dengan koleksi pakaian.
Dengan itu, Arez. Co. telah disokong oleh pasukan kreatif yang mampu menterjemahkan idea Afgan kepada barangan unik. Koleksi Arez. Co. memperlihatkan kebanyakkan kemeja T dengan tema kasual dan santai. kemeja T unisex ini boleh digayakan oleh lelaki dan perempuan.
Dengan saiz S hingga XL, koleksi ini muncul dengan harga berpatutan iaitu kurang dari RM150 setiap helai. Koleksi Arez. Co. menghimpunkan warna asas (kelabu,hitam dan putih) dengan tujuan untuk sesuai padankan dengan kepelbagaian dari denim ke seluar slack. Koleksi-koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di www.fashionvalet.com dan di kedai rangkaian mereka di Kuala Lumpur dan Singapura.
“Pihak kami bertemu Afgan sewaktu konsertnya tahun lalu dan mempunyai koleksi pakaiannya di platform kami merupakan kesinambungan perhubungan yang menarik antara Afgan dan FashionValet. Saya berasa rendah diri dan berbesar hati dengan pemilihannya untuk pihak FashionValet melancarkan dan mempamerkan jenamanya secara eksklusif,” komen Vivy Yusof selaku pengasas bersama FashionValet.
“Kami memasarkan koleksi ini ke seluruh dunia dan bukan hanya untuk peminat di rantau ini,” tambahnya.
Sumber : Cosmopolitan.my