FENDI melancarkan kempen video “The Baguette Dance”, sempena dengan siri kempen ‘The Baguette Friends Forever’. Dengan suntikan kreatif, ‘playful’ dan twist di luar jangkaan. Menampilkan anak-anak muda dari The Paris Centre, video ini memfokuskan kepada bakat mereka dalam menari yang tiada tandingan. Mempersembahkan gerak tari yang elegan, tenang dan cemerlang sekali. Temui kawan-kawan FENDI dan kumpulan yang terbaharu menyertai siri FFriends.
“The Baguette Dance” meraikan koleksi tas tangan FENDI Baguette yang ditonjol hebat melalui tampilan logo FF, memilih material kulit dalam variasi lima warna. Hitam, kuning, merah jambu, merah dan biru cair.
Mengekalkan DNA unik FENDI, melihatkan sifat ringkas yang memaut atau gayanya yang tidak terlalu kompleks melanjutkan minat pada golongan muda pula. Hadir dalam saiz medium dengan rekaan luarnya berbentuk segi empat sama, manakala bahagian dalamnya lapang menjadikan ia amat praktikal untuk dibawa. Baik digunakan untuk kerja mahupun sebagai tas pilihan hujung minggu.
Kempen video ini diarahkan dengan cukup fun sekali. Penonton seakan menonton kumpulan penari The Paris Centre membuat persembahan secara realiti. Tentunya, akan terbuai dengan lenggok anak-anak muda tersebut, lantas memperkayakan lagi budaya seni tari dalam konsep fesyen. When fashion meets art.
#FendiBaguette #BaguetteFriendsForever
Artikel berkaitan: Yellow The Colour Of Joy Juga Rona Pantone 2021