Langkahnya ditemani jenama mewah membuatkan bekas selebriti wanita paling bergaya EH! 2010 terus dijulang bersama helaian terbaru himpunan pra-musim luruh 2012/2013
Kiri:
Rona lantang, bermain pada padanan baju longgar MAX MARA jingga bersama clutch BCBG MAXAZRIA dan gelang etnik TOPSHOP
Bawah:
Padanan baju putih peplum MARC BY MARC JACOBS dengan leggings geometri MISS SELFRIDGE sebagai penguat gaya. Kasut CHRISTIAN LOUBOUTIN PIGALLE rona kuning fluro dan beg tangan YVES SAINT LAURENT rona hitam milik Fazura menambah statement. Rerantai emas TOPSHOP peneman rona.
Bawah:
Peranggu kait bersama skirt kembang rona hitam dan beg tangan hijau zaitun himpunan CHRISTIAN DIOR. Tali pinggang pepatung GUCCI dihias di kepala dan but tinggi suede STUART WEITZMAN pelengkap gaya
Bawah:
Layangan blaus berlisu jenama dari butik Fazura, HOUSE OF DOLL gandingan kutang fluro merah jambu PULL & BEAR dan skirt kembang satin ASEANA. Anting-anting TOPSHOP dan tali pinggang efek metal BCBG MAXAZRIA menambah impak padanan.
Bawah:
Baju knit berkolar peter pan bersama seluar bercorak ilham LOUIS VUITTON berganding cincin dempak ASEANA dan kasut tapak emas CHARLOTTE OLYMPIA milik Fazura
Ikuti 4 lagi gaya menarik Fazura dalam EH! Julai ini. Dapatkan di pasaran hari ini.