Dari gaya yang ekstravaganza sehingga warna yang menangkap mata, Golden Globes 2024 bermula dengan gaya fesyen selebriti Hollywood yang berani dan unik di acara karpet merah.
Selepas acara karpet merah yang sunyi pada tahun lalu akibat mogok pelakon dan penulis selama berbulan-bulan, Anugerah Golden Globes pada 7 Januari memberikan peluang kepada bintang Holloywood untuk kembali menjadi tumpuan fesyen. Anugerah ini secara tradisinya dikenali sebagai penamat buat Oscar, tetapi pada tahun ini, pemerhati fesyen memerhatikan gaya barisan selebriti Hollywood yang mungkin akan menentukan trend fesyen untuk tahun 2024.
Semak 12 Fesyen Karpet Merah Selebriti Hollywood Golden Globes Ke-81;
1. Jennifer Aniston
Jennifer Aniston tampil memukau, mengenakan busana hitam yang elegan dari Dolce & Gabbana. Busana tanpa tali itu menampilkan korset dan skirt dengan sentuhan perincian yang berkilau. Gaya rambutnya mengingatkan kita pada era 90-an, khususnya dengan potongan rambut yang menjadi watak ikonik lakonannya dalam sitkom popular Friends. Walaupun tampil dengan gaya dan akseosori yang minimal, penampilannya pada acara tahunan tersebut tetap memukau dan memancarkan pesona yang tak lekang oleh waktu.
2. Taylor Swift
Taylor Swift memukau dalam siluet hijau yang memancarkan keanggunannya, mengenakan gaun dari Gucci dengan tiga tali di bahagian belakang. Gaya rambutnya yang beralun ke bawah menambah lagi pesonanya. Penyanyi dan penerbit, Eras Tour ini membuat penampilan di karpet merah Golden Globes, Selegas penampilan terakhirnya di acara karpet merah adalah ketika tayangan perdana “Renaissance: A Film by Beyoncé” di London, di mana dia memakai gaun mirrorball yang dari Balmain.
3. Dua Lipa
Dua Lipa dicalonkan dalam kategori Lagu Asal untuk “Dance the Night” dari filem Barbie, berjalan di permaidani merah dalam busana baldu hitam dengan potongan mermaid dari Schiaparelli. Motif tulang emas dan berlian yang disulam pada gaun itu menyerlahkan rona hangat rantai dan cincin dari Tiffany&co. yang digayakan oleh Lorenzo Posocco. Dua Lipa melengkapkan penampilannya dengan sepasang kasut tumit tinggi Jimmy Choo.
4. Selena Gomez
Selena Gomez memukau dalam gaun sutera merah dari Giorgio Armani Privé. Gaun tersebut menampilkan bahagian atas dengan leher tinggi dan potongan yang mengagumkan, termasuk perincian berlipat dan tiga bunga bersulam kristal hitam di korsetnya. Penampilannya dilengkapkan dengan skirt asimetri yang mempunyai ikat pinggang hitam, serta kasut tumit tinggi merah dan perhiasan perak berkilauan pada kedua-dua pergelangan tangannya.
5. Hailee Steinfeld
Pelakon suara dalam filem The Spider-Man: Across the Spiderverse, Hailee Steinfeld, tampil menawan di karpet merah dengan memakai gaun merah jambu yang cantik dan sarung tangan hitam daripada Prada, mencipta kontras yang membawa suasana Breakfast at Tiffany’s. Hailee melengkapkan penampilannya dengan aksesori permata yang memukau dari Boucheron. Penggaya rambutnya, Rob Zangardi dan Mariel Haenn, berkongsi penampilannya di Instagram, memperlihatkan rambutnya diikat, menggambarkan aura Audrey Hepburn dalam filem Breakfast at Tiffany’s.
6. Jared Leto
Fesyen selebriti lelaki di karpet merah semakin melangkaui gaya konvensional, berkembang menjadi siluet yang lebih edgy. Karpet merah menjadi kanvas untuk ekspresi diri buat pelakon Jared Leto, yang dikenali dengan fesyennya yang unik. Penampilan fesyen Jared Leto di acara karpet merah Golden Globes menampilkan jaket sutera hitam Itali berbutang tunggal yang besar, sepasang seluar putih berkaki lebar, kasut formal, dan sepasang sarung tangan kulit yang bergaya. Rambutnya yang terbelah tengah dan kalung bertatahkan berlian turut menyerlahkan penampilannya.
7. Margot Robbie
Margot Robbie dan penata gayanya, Andrew Mukamal, berusaha memberikan penampilan yang segar dan memukau, membawa konsep Barbie kepada dunia realiti setiap kali dia muncul di karpet merah. Pada Anugerah Golden Globes 2024, Margot bekerjasama dengan rumah fesyen terkenal, Giorgio Armani Privé, memakai gaun berlabuci merah jambu dengan tulle boa merah jambu membawa inspirasi dari Superstar Barbie 1977. Margot I menambahkan sentuhan anggun dengan perhiasan dari Lorraine Schwartz. Filem itu juga turut meraih sembilan anugerah pada malam tersebut.
8. Emma Stone
Pentas karpet merah bukanlah sesuatu yang asing bagi Emma Stone. Di Anugerah Golden Globe 2024 Emma tampil dengan potongan gaya rambut bob cut, serasi dengan penampilannya dalam busana dari Louis Vuitton, dengan potongan garis leher yang menjunam dan belahan tinggi yang elegan. Gaun itu dihiasi dengan sulaman bunga merah jambu, biru, dan kelabu pastel, menambah sentuhan keanggunan pada penampilan Emma yang telah menjadi duta jenami Louis Vuitton, sejak 2017 sebelum ini, memakai kardigan dan seluar berkilauan ketika memenangi Anugerah Pencapaian Desert Palm pada 4 Januari di Palm Springs, California.
9. Jennifer Lawrence
Jennifer Lawrence tampil dengan busana tanpa lengan yang memaparkan siluet yang santai dan garis leher V biru baldu dari Dior dan barang kemas berlian terdiri daripada berlian persegi kecil dan berlian titisan air mata dari Tiffany & Co. Ibu kepada anak lelaki ini, melengkapkan penampilannya dengan anting-anting berlian berbentuk sayap besar yang mempunyai batu biru di tengahnya, cincin berlian, dan klac berhias kristal perak dari Dior. Solekan yang minimal dan rambut belah sisi, mencerminkan kesan klasik, selaras dengan gayanya yang digayakan oleh penata gaya, Jamie Mizrahi.
10. Billie Eilish
Billie Eilish menunjukkan gaya santainya dengan penuh berani di acara Golden Globes 2024. Dalam penampilannya, dia memberikan sentuhan pada pakaian kerja dengan memakai blazer bersaiz besar, dan skirt oleh Willy Chavarria. Rambutnya berwarna merah sanggul rapi, memberikan sentuhan retro yang menarik. Penampilannya dilengkapi dengan barang kemas dari Anita Ko dan kasut tumit Mary Jane retro yang di beli di kedai barang terpakai tahun lepas. Billie Eilish sekali lagi membuktikan keberanian dan kreativitinya dalam dunia fesyen, menjadikan penampilannya sangat mencuri perhatian di acara penghargaan tersebut.
11. Timothée Chalamet
Timothée Chalamet, pelakon kacak bermata biru, sekali lagi menunjukkan prestasinya sebagai salah seorang selebriti lelaki dengan gaya fesyen yang terbaik di karpet merah Golden Globes. Bintang Wonka ini memilih untuk memakai sut hitam dari jenama terkenal, Celine Homme, dengan blazer berkilau, seluar tux, dan but Chelsea yang memberikan sentuhan gaya yang elegan. Gaya rambutnya yang kusut-masai dan rantai leher yang menggoda menambah keunikannya, menjadikan penampilannya luar biasa di acara penghargaan tersebut.
12. Jennifer Lopez
Jennifer Lopez tampil anggun di karpet merah kelihatan seperti bunga mawar yang berjalan dalam gaun merah jambu tanpa tali yang menampilkan bunga mawar besar yang menghiasi garis leher dan lengan luar bahu dramatik, memanjang mengalir di belakang. Penampilannya dipadankan dengan klac merah jambu labuci, serta perhiasan yang mempesonakan, termasuk anting-anting berlian merah jambu, cincin, dan gelang. Rambutnya di gayakan ke tepi, dan penampilannya diperkukuh dengan pembayang mata merah jambu dan sapuan gincu dalam rona padanan, menyempurnakan gaya glamor di karpet merah.
Artikel Berkaitan: 11 Gaya Selebriti Menangkap Mata di Karpet Merah Sepanjang 2023