KRISIS PANDEMIK TIDAK MENGHALANG KREATIVITI PEREKA FESYEN LOKAL UNTUK TERUS BERKARYA. BIARPUN HIDUP DALAM NORMA BAHARU, REKAAN HASIL PEREKA FESYEN BERIKUT TETAP UNGGUL DAN ADA INSPIRASI HEBAT DISEBALIKNYA.
Pengarang Fesyen & Arahan Kreatif: JOHAN KASSIM, Pembantu Penyelaras: KHAIRUL ABIDIN, Solekan: AHMA DANI, Dandanan: YUSOF RUZAIMI, Gambar: EDMUND LEE (ONE3FOUR STUDIO) Model: NIKITA (SCOUT KL)
Pereka fesyen, Brian Khoo mendefinisikan gelombang ‘the new sexy’. Look 3 dari himpunan Signatures 20, menyatupadukan korset bersama skirt mikro berbulu ostrich variasi warna. Bulu ostrich sebagai perincian tambahan, dipertegaskan lagi melalui kombinasi warna-warna pastel. Dres koktel terbaik untuk musim baharu.
Jati diri si penggembara disunting hebat oleh pereka FiziWoo untuk koleksi Woofiziwoo Holiday Collection 20/21 bertemakan “Escapade”. Cetakan lantang, dan ada pengaruh timur tengah, menjadikannya sempurna digayakan pada bila-bila masa. Tidak terhad untuk digayakan pabila melancong. Seluar lebar Ferringhi mencipta impak tersendiri.
HORIZON ALIA BASTAMAM
Alia Bastamam mengetengahkan rekaan yang ringan, effortless dan bebas untuk digayakan. Rona tropikal pasti memikat pandangan. Menyuntik inspirasi pantai, dres sifon yang berlipat lisu ternyata mengingatkan kita pada reka bentuk kipas tangan atau payung pantai. Memang itu pun simbolik idea Alia Bastamam untuk mereka himpunan ini. Gaya ideal kala bercanda bebas di pesisiran pantai.
‘Sensual’- kunci gaya yang sempurna menyimbolkan rekaan Alia Bastamam untuk koleksi Resort 20/21. Korset yang dipadankan dengan seluar lebar, mencitrakan wanita moden yang cukup tegas identitinya. Ikatan korset yang dijatuhkan pada bahu, menyuntik unsur ‘effortless’. Tapi, ada elemen seksi yang tersisip.
Rekaan ini ‘debut’ sewaktu KLFW Digital 2020. Fabrik dan perincian membawa ‘tanggungjawab’ besar dalam melakar rekaan ini, yang mana mengilhami skuad ‘fashion royalties’ pilihan pereka fesyen ternama, Rizman Ruzaini. Mengolah tema 60-an, bersuntik dengan elemen-elemen ultra moden. Perincian-perincian mewah melimpahi hebat pada halter top, juga pada bahagian bawah dipenuhi bulu. Memaparkan falsafah yang cukup chic.
Caftan realness. KREE musim bunga 2021 menghadirkan rekaan dedikasi berpergian, yang mana selesa untuk digayakan di Malaysia yang bercuaca tidak menentu. Mengamati aliran ‘bersih’, ‘voluminous’ dan mengutuhkan elemen ‘playful’ dalam penggayaan. Kaftan merah menyediakan opsyen gaya yang bervariasi.
Sut ini adalah untuk wanita moden. Sut tanpa lengan, mewujudkan nilai sofistikated daripada ketenangan olahan polanya. Tampak konstruktif tetapi rapuh, volum yang terhasil ringan sementelah fabrik yang digunakan serba halus belaka. Mendefinisikan kemewahan dan chic. Keringkaskan pada sut digabungkan bersama skaf putih yang diikat pada panel jaket.
Untuk musim bunga 2021, Wynka bawakan cool chic vibe. Sesuatu yang ringan, bersifat feminin, dicemerlangkan dengan mainan warna dan corak. Potongan top tanpa lengan, bersama seluar senteng, mencedok ilham retro. Gaya kala kembara dipertingkatkan lagi, jika menyarung gelang-gelang dempak, cool shades dan rambut yang diikat tinggi, dihiasi cekak pada kepala. Cool summer vibe.
Artikel berkaitan: CHINATOWN Diberikan Penghormatan Fesyen Oleh Innai Red