Tip peribadi Zahirah tentang cara memilih pakaian yang betul supaya kekal bergaya dan praktikal seiring sebagai ibu yang sibuk dengan kerjaya.
Bagi saya, apabila saya membeli-belah, saya selalu cenderung kepada sesuatu yang berkain kapas dan menyejukkan, terutamanya ia kait dengan cuaca panas di Malaysia. Saya rasa kapas adalah sesuatu yang anda mesti ada. Ia juga mudah untuk dipadankan dengan sebarang jenis pakaian. Malah ia mudah digosok, dicuci dan dijaga. Paling penting ia mencapai tahap keselesaan yang tinggi dan sebab itulah saya memilih M&S!
Koleksi M&S sungguh padan dengan cita rasa peribadi seperti Cotton T & Jeans yang merupakan gaya utama saya. Semuanya akan tampak gaya jika anda tahu cara untuk memadankannya. Sebagai ibu yang sibuk, saya biasanya memakai baju-t longgar digandingkan dengan kasut putih dan beg tangan yang comel dan lengkapkan penampilan dengan kardigan/blazer. Jika ingin kan ‘wow‘, saya akan memakai aksesori untuk kelihatan lebih mewah.