Pilihan kegemaran Zahirah daripada koleksi pakaian wanita dan Musim Luruh M&S dan mengapa?
Pertama sekali, kasut Koleksi Musim Luruh musim M&S ini menarik perhatian saya! Sangat bergaya dan anda boleh memadankannya dengan apa sahaja! Warna yang terletak padanya juga menambahkan personaliti lengkap kepada pakaian anda dan paling penting, ia selesa dipakai.
Jika saya inginkan rasa sedikit mewah, saya akan pilih fabrik linen kerana ia adalah bahan kait yang breathable dan selesa dipakai terutamanya dalam cuaca panas seperti ini.
Jika ia tentang koleksi baju pula, saya benar-benar tertarik dengan gaun yang saya cuba untuk koleksi Autumn. Cirinya sejuk, lembut dan selesa. Mudah dipakai, ia tidak terlalu ketat atau terlalu longgar mahupun pendek. It’s perfect! Rekaan ini sungguh selesa dan versatil untuk dipakai pada hari keluar atau waktu malam.
Sebagai seorang ibu, kebanyakan orang berfikir bahawa apabila anda menjadi seorang ibu, gaya fesyen anda akan pudar. Tetapi dengan rekaan M&S yang mempunyai potongan dan reka bentuk yang praktikaliti ini, saya pasti akan mengesyorkan kepada rakan-rakan dan semua para ibu diluar sana untuk mencuba pakaian di M&S. Ia sungguh versatil, selesa dan kasual dipakai, mudah dipadan dengan apa juga gaya dan warna.